Salam ramadan buat semua....
Lamanya tidak menulis di sini. Agak sibuk menguruskan farm. Alhamdulillah pengeluaran cendawan di FAF agak baik di awal Ramadan. Paling tinggi setakat ini hampir mencecah 70 kg. Permintaan di bulan ramadan memang tinggi dari biasa. Ini disebab akan oleh surirumah lebih banyak memasak berbanding membeli makanan diluar. Inilah kata-kata pekedai yang membeli cendawan dari kami.
Bulan ni kami berjaya memenuhkan bangsal ke 4 kami. Jadi jumlah beg yang kami ada sekarang hampir 60,000 beg. Semua bangsal telah penuh buat masa ini. Bangsal pertama kami pula sudah mencecah tuaian terakhir. Seminggu selepas raya kami bercadang mengosongkannya bagi memasukkan beg-beg yang baru pula. Tapi selepas raya ni bangsal ke 4 juga bakal kosong semula disebabkan kami mendapat tempahan beg hampir 20,000 beg untuk bulan depan sahaja. Maknanya kerja-kerja bagging memang tak pernah selesai lah di ladang kami sekarang.
Ini adalah bulan Ramadan ketiga sejak saya bergelar pengusaha cendawan sepenuh masa. Dan ini adalah Ramadan pertama saya tidak berniaga di bazar ramadan. Pada mulanya memang terlewat mendaftar, tapi pengurusi persatuan penjaja menjanjikan tapak untuk kami sehari sebelum 1 ramadan. Oleh kerana kesibukan menguruskan ladang, saya membatalkan hasrat untuk berniaga tahun ni. Rasa rindu pula nak merasa suasana meniaga di pasar ramadan. Mungkin tahun depan kami akan meniaga tapi di restoran kami la.
Itu sahaja catitan dari saya. Sebelum mengundur diri, di sini saya masukkan sedikit gambar dari ladang kami untuk di kongsi bersama....
Staf saya terima duit siam dari customer tanpa dia sedar... Nasib baik saya kenal orangnya... hehehe.. ingatkan duit RM50 baru...
Ini adalah peristiwa ketiga saya mendapat kes seperti ini. Nantilah saya cari balik gambar-gambar dulu. Yang dulu ketulan habuk kayu berbentuk LOVE. kes kedua Maisilium berbentuk LOVE juga. Kali ni cendawan. Staf saya kata, mungkin sebab saya kerja dengan kasih sayang kat farm ni. Sebab tu dapat kes macam ni. hehehe..
Kehadiran kulat apa saya tak pasti. Tapi memang boleh dimakan. Kulat ni tumbuh masa hujan lebat 2,3 hari awal-awal ramadan dulu.
Comments