Pada 2hb Mac yang lepas, saya dan Asma iaitu pelajar praktikal ditempat saya telah menyertai Kursus Cendawan bagi pengusaha cendawan di Negeri Terengganu. Tanpa sebarang surat undangan, saya ke sana juga kerana minat yang tinggi untuk mendengar sendiri ceramah dari Pakar Cendawan yang tidak asing lagi iaitu Puan Normah Ibrahim yang kini menjadi konsultan kerana sudah bersara kira-kira satu bulan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali bertemu beliau semasa saya masih menjalankan projek cendawan ini di Kajang, namun inilah kali pertama beliau mengadakan ceramah mengenai cendawan di Negeri Terengganu. Oleh sebab itu saya tidak mahu ketinggalan untuk menyertainya. Kursus selama satu hari itu banyak memberi pendedahan kepada saya mengenai dunia cendawan ini yang sentiasa perlu dipelajari dari masa ke semasa. Mungkin bagi yang mengenali saya yang sudah biasa menganjurkan kursus sendiri, namun bagi saya tidak salah untuk kita belajar dan te...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.