Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Lawatan Ke Ladang Cendawan di Udon Thani Thailand

Pada bulan lepas, selepas balik dari Osaka, Jepun saya meneruskan perjalanan Solo Backpacker  ke Vientiane, Laos. Sebelum sampai di Vientiane, saya sempat ke sebuah ladang cendawan di Udon Thani iaitu sebuah Bandar di sempadan Thailand - Laos. Ladang tersebut terletak tidak jauh dari Bandar Udon Thani, iaitu kira-kira 30 minit menaiki Grab. Alhamdulillah di sana, saya melihat sesuatu yang berbeza yang tidak ada di ladang-ladang cendawan di Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya adalah, proses membuat beg mereka dilakukan secara berdiri bukannya duduk seperti di ladang cendawan kami di Fatisha Agro Farm. Saya tidak sempat mengambil begitu banyak gambar kerana membuat live dari sana sewaktu lawatan tersebut. Boleh lihat rakaman video live fb  di bawah untuk melihat suasana di sana. Saya sempat juga membeli benih cendawan dari sana untuk digunakan di farm kami. Alhamdulillah ada rakan yang telah berjaya membuat kultur dari benih di sana. Mungkin nanti kita boleh membuat sedikit