FAF telah jemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya Daerah Kemaman bulan lepas. Sempat la kami membuat sedikit promosi jualan cendawan goreng dan juga cendawan segar. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat mengalakkan. Pelanggan berbaris nak membeli cendawan goreng. Yang menggorengnya saya lah. Kakitangan ada 3 orang pun belum cukup dan melayan pelanggan yang berduyung tiba. InsyaAllah tak lama lagi, bagi yang nak merasa boleh terus ke ladang kami kerana kiosk jualan akan siap tidak lama lagi. Segala produk cendawan akan dijual di kiosk tersebut. Tengah sibuk menggoreng... Periuk elektrik ni Pejabat Pertanian Taja... :) Bersama Puan Jamaliah... Staf PPD yang selalu berhubung dengan pihak FAF.... Kedatangan Exco usahawan Dato' Mohamad Awang Tera ke Booth Jabatan... Merasa jugak cendawan goreng FAF... Pelanggan menunggu cendawan goreng...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.