Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Lawatan Peserta PROJECT PLANNING AND MANAGEMENT (MTCP)

Pada pagi selesa lepas, saya menerima panggilan dari Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, En Ahmad Saif bagi memaklumkan tentang bolehkan pihak saya menerima lawatan adhoc peserta MTCP pada pagi ini juga yang sedang menjalani lawatan sosial ke projek pertanian di sekitar daerah Kemaman. Peserta-peserta MTCP adalah kakitangan kerajaan dari beberapa negara seperti Nigeria, Brunei, Myamar, Oman, dan lain-lain negara yang saya kurang pasti. Mereka sebenarnya sedang berkursus di INTAN Kemaman. Walaupun tiada persediaan, saya tetap juga menerima lawatan tersebut dengan hati yang terbuka. Lawatan ini adalah satu pendedahan kepada peserta-peserta tersebut mengenai projek pertanian yang mungkin boleh diterokai oleh mereka di negara mereka suatu hari nanti. Apa-apapun terima kasih buat semua kerana sudi singgah di ladang kami.

Sekitar Sua Rasa di Pulau Warisan 8 - 9 Okt 2010

Jemputan menyertai Karnival Sua Rasa dari Lembaga Petubuhan Peladang bagaikan satu rahmat buat kami. Ini adalah kali kedua kami menyertai program dibawah TV9 iaitu kali pertama adalah di program Apa Khabar Orang Kampung di Teluk Kalong setahun yang lalu. Pada masa itu kami menerima jemputan dari Jabatan Pertanian. Memang agak seronok dapat menyertai karnival seperti ini. Ia adalah salah satu bentuk promosi bagi FAF. Di sini kami mempromosikan produk-produk IKS kami seperti sos cendawan cili, sos cendawan lada hitam, tepung serbaguna dan menjual juga secara terus produk-produk seperti cendawan goreng dan popia cendawan. Terima kasih kami ucapkan kepada LPP atas jemputan ini. Program kami seterusnya adalah di MAHA 2010 di Serdang pda 26 Nov - 5 Dis 2010 ini. Jumpa kami di sana pula...

Jumpa Kami di Karnival Sua Rasa TV9

Kami akan berada di booth Lembaga Pertubuhan Peladang pada 8 dan 9 Oktober ini di Karival Sua Rasa TV9 bertempat di Pulau Warisan, Terengganu. Kami akan menjual produk kami seperti sos cendawan cili, sos cendawan lada hitam, tepung cendawan, beg media dan lain-lain produk. Jumpa kami di sana.............

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Buat Semua... Rasanya masih sempat untuk saya ucapkan kepada semua pembaca Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sydah agak lama saya tidak mengemaskini blog ni kerana kesibukan menguruskan ladang. InsyaAllah saya akan memaparkan perkembangan terkini di dalam beberapa hari ini.