





Jemputan menyertai Karnival Sua Rasa dari Lembaga Petubuhan Peladang bagaikan satu rahmat buat kami. Ini adalah kali kedua kami menyertai program dibawah TV9 iaitu kali pertama adalah di program Apa Khabar Orang Kampung di Teluk Kalong setahun yang lalu. Pada masa itu kami menerima jemputan dari Jabatan Pertanian.
Memang agak seronok dapat menyertai karnival seperti ini. Ia adalah salah satu bentuk promosi bagi FAF. Di sini kami mempromosikan produk-produk IKS kami seperti sos cendawan cili, sos cendawan lada hitam, tepung serbaguna dan menjual juga secara terus produk-produk seperti cendawan goreng dan popia cendawan.
Terima kasih kami ucapkan kepada LPP atas jemputan ini. Program kami seterusnya adalah di MAHA 2010 di Serdang pda 26 Nov - 5 Dis 2010 ini. Jumpa kami di sana pula...
Comments