Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

 Lama betul tak menulis di sini.... Ni posting pertama tahun 2023 sebelum berakhir bulan  Januari.... Tahun 2022 mengingatkan saya betapa ia  tahun yang penuh  cabaran  dan  dugaan  selepas  melalui 2 tahun pandemik yang bagi saya amat memberikan kami peluamg untuk meningkat naik. Di saat pada suatu  pihak ia adalah satu dugaan, pandemik Covid-19 adalah satu rahmat apabila jualan cendawan  kukur meningkat lebih 200% dari biasa.... Tanaman yang rare ini menjadi pilihan di zaman PKP kerana mudah  diusahakan di laman rumah. Hanya perlu toreh dan siram sahaja...  Tahun 2023 kini ia mula rancak semula. Jika anda berminat  untuk mengusahakan cendawan kukur, tahun ini adalah tahun terbaik untuk mengusahakan cendawan  kukur ini. Permintaannya semakin tinggi dan kami sendiri kadang2 tak sempat memenuhi permintaan yang ada... Pelbagai menu berasaskan cendawan  kukur juga mula dijual di restoran  kami iaitu Fatisha Mushroom Kopitiam. Antara menu yang popular  adalah cendawan  kukur goreng  kunyit