Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cendawan

Agro Talk @ Ekspo Terengganu 2018

Temui saya di sana....

Projek Cendawan Agro Pelancongan @ Langkawi

Sebuah pusat tanaman cendawan dengan konsep Agro Pelancongan akan dibuka di Langkawi tidak lama lagi. Anda merasa sendiri pengalaman menuai cendawan dan merasa masakan berasaskan cendawan terus dari ladang di tapak projek berkenaan. Nantikan update dari kami... 

8 KESILAPAN AWAL PENGUSAHA CENDAWAN

Bisnes cendawan adalah salah satu bisnes yang mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena pada gayanya. Namun semua yang indah-indah itu bukannya boleh dikecapi dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Di sini saya ingin berkongis 8 kesilapan awal pengusaha cendawan yang baru berjinak-jinak dalam bisnes ini. 1. Hendak untung cepat. 2. Berputus asa selepas percubaan pertama gagal. 3. Menjual cendawan segar pada harga terlalu rendah. 4. Bermula dengan beg cendawan yang sedikit tetapi memasuki pasaran borong. 5. Tidak membuat kajian kos untung dan rugi. 6. Hati tidak kental 7. Fokus hanya menjual cendawan segar sedangkan terdapat banyak peluang di bahagian produk hiliran. 8. Tidak mengkaji pasaran sebelum memulakan projek.

Tips Bertahan Dalam Industri Cendawan

Kami berada di dalam bidang ini selama hampir 10 tahun. Bulan 2 tahun depan kami akan menyambut ulangtahun ke 10 menjadi usahawan tani! Bukan semua orang berimpian menjadi petani moden. Kadang-kadang keadaan hidup memaksa untuk kita melakukan apa sahaja yang boleh untuk meneruskan survival hidup. Projek pertanian seperti tanaman cendawan adalah antara projek pertanian yang PALING MUDAH untuk anda BERMULA menjadi seorang usahawan tani. Kenapa saya kata begitu mudah? Sebab hanya dengan modal minima serendah mungkin RM100 anda sudah boleh memulakan projek cendawan di ruamh anda!!! Tetapi mengapa projek cendawan juga antara projek pertanian yang menunjukkan angka kegagalan yang tinggi??? Bukan hanya projek cendawan sahaja sebenarnya, kebanyakan projek pertanian adalah suatu projek yang berisiko... Jadi bagaimana untuk bertahan dalam bidang ini??? Saya kongsikan 8 TIPS MUDAH BERTAHAN DALAM PROJEK CENDAWAN. 1. Jangan tumpukan menjual cendawan segar sahaja. 2. Pelbagaikan produk da...

Tanam Cendawan Di Rumah

Alhamdulillah.. Seronok tengok bila pelanggan hantar gambar-gambar cendawan yang beliau tanam di depan rumah je... Beliau beli 100 beg dan hanya gunakan rak baju untuk letak kesemua beg-beg cendawan yang dibeli... Rak ni hanya berharga RM30 sahaja. Pada awalnya gak lambat keluar. Namun setelah mengikut nasihat dari kami, akhirnya cendawan-cendawan tersebut mula membuahkan hasil... Tips Menanam Cendawan Di Rumah 1. Apabila menerima beg cendawan yang dibeli, seeloknya simpan dahulu seminggu ke dua minggu sebelum membukanya kecuali beg tersebut betul-betul matang. 2. Korek beg dan tutup semua beg tersebut dan tunggu sehingga masa seperti tips no 1. 3. Pastikan beg di letak ditempat pengudaraan yang baik dan perlu disiram 3 kali sehari. 4. Jangan terlalu mengharap cendawan akan keluar dalam tempoh yang amat cepat kerana tuaian pertama biasanya menglaurkan hasil agak lambat. 5. Setiap kesabaran itu pasti membuahkan hasil yang pasti mengembirakan hati anda.

Dapatkan KIT GYOMi di PWTC sempena PAU 2015!!!

Berminat untuk tanam cendawan di rumah???? Kini terdapat cara lebih mudah untuk belajar bertani di rumah. Hanya dapatkan KIT cendawan GYOMi ini... Sempena PAU 2015, kami membuka booth di PWTC... Sila singgah ke sana untuk dapatkan KIT Cendawan yang comel ini....  Boleh dihadiahkan kepada anak-anak sempena cuti sekolah untuk mereka mempelajari cara-cara menanam cendawan dan memupuk minat dalam bidang pertanian... Jumpa di sana!!!

Jualan Ebook Tanaman Cendawan

Terdapat penjualan ebook tulisan saya secara haram oleh seorang blogger.... Saya mohon beliau menarik balik semua iklan berkaitan dalam masa 24 jam....  Jika tidak satu laporan polis akan dibuat. Amaran sudah dibuat sejak hampir setahun yang lalu.. bermula dari awal tahun lagi...  Ni dah bulan disember... masih ada lagi iklan tu.... Carilah rezeki halal untuk anak-anak.... 

TIPS CENDAWAN GORENG RANGGUP!!!!

Ramai yang bertanya kepada kami, kenapa mereka goreng tidak menjadi. Ada sampai fikir kami goreng menggunakan tepung yang berbeza dengan tepung berempah FATISHA yang kami jual. Sebenarnya ia SILAP!!!! Ini adalah tips bagaimana mengoreng cendawan dengan RANGGUP dan tidak melekat!!! 1. Tepung goreng tidak perlu dicampur dengan air. Gunakan tepung dalam keadaan kering terus dari plastik. 2. Pastikan cendawan yang telah dibasuh diperahkan terlebih dahulu. Air di dalam cendawan boleh menyebabkan bancuhan menjadi basah dan melekit-lekit. 3. Taburkan tepung kering di atas cendawan dan gaulkan sehingga rata. Pastikan tepung diletak cukup-cukup sahaja dan seluruh bahagian cendawan disaluti tepung. 4. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan cendawan yang telah dibancuh bersama tepung. 5. Goreng selama 2 ke 3 minit, angkat dan toskan cendawan goreng. Pastikan anda menggunakan Tepung Goreng Berempah FATISHA bagi menjamin rasa dan keranggupan serta khasiat tanpa batas...

CENDAWAN DALAM BAJET 2016

Peluang yang besar dalam bidang tanaman cendawan. Jangan dilepaskan.... 

RUMAH CENDAWAN BARU

Rumah cendawan baru 3 dah naik.. 1 dah naik kekuda ... Lepas ni total semua ada 10 unit rumah cendawan. ... InsyaAllah bakal pengeluar cendawan paling besar di Terengganu dan Pantai Timur hendaknya... Dan insyaAllah kami juga bakal bekerjasama dengan pengusaha cendawan kecil di sekitar Bandar Al Muktafi Billah seramai 10 orang yang melibatkan 10 lagi unit rumah cendawan berskala kecil untuk projek cendawan satu lagi... Cendawan apa tu???? Adalah tu... nanti dah jadi kami bag itahu ok... Team kami sebenarnya masih kosong.... Siapa agak2 nak bersama kami meneroka peluang pasaran cendawan di Pantai Timur ni?

RBC 2015

 RBC 2015 ========= Jangan lepaskan peluang ini.... Pertandingan telah dibuka... Peluang keemasan untuk anda mendapat geran sehingga RM2 juta... Anda hanya perlu menyediakan pelan atau rancangan perniagaan untuk anda menangi geran ini... SELAMAT MENCUBA!!!!

:PELUANG MEMENANGI RM2 JUTA MELALUI RBC:

Buat kali yang ketiga kini pertandingan menulis Rancangan Perniagaan (RP) iitu Rural Business Challenge  (RBC) kini dibuka. Pertandingan yang menawarkan geran lumayan RM2 JUTA adalah sebuah pertandingan untuk membantu belia luar bandar merealisasikan impian perniagaan mereka dengan lebih cepat. Cepat layari www.rurallink.gov.my/rbc untuk memuat turun borang penyertaan dan syarat2 pertandingan. Cepat sebelum terlambat. Anda mampu mengikuti jejak saya sebagai pemenang RBC batch yang pertama pada tahun 2012.

FATISHA AGRO FARM 2013

Begitu lama saya meninggalkan blog ini kerana kesibukan menguruskan projek. Saya memohon maaf kerana telah lama tidak berkongsi coretan mengenai projek cendawan ini. Hari ini saya mengambil keputusan untuk memulakan langkah bagu bagi mengemaskini perkembangan projek cendawan saya. SETELAH 6 TAHUN BERLALU... Kini dan sekali lagi, Fatisha Agro Farm telah berpindah ke tapak baru di bandar persis desa aman permai Bandar Al Muktafi Billah Shah di daerah Dungun, Terengganu. Kami mula berpindah ke tapak baru pada bulan Mac 2013 setelah 4 tahun bertapak di Kg Pengkalan Pandan Chukai, Kemaman, Terengganu bermula pada hujung tahun 2008. Perpindahan ini berlaku setelah kami memperolehi hadiah kemenangan geran Rural Business Challenge (RBC) pada tahun 2012. Kami memperolehi hadiah saguhati dengan nilai geran berjumlah RM500,000.00.  PENGELUARAN CENDAWAN SEGAR & PENJUALAN BEG  Proses pembinaan di sini berlaku begitu pantas. Terdapat 5 unit rumah cendawan yang boleh memuatkan 15...

STEAMER/PENGUKUS UNTUK DIJUAL

HARGA: RM2700 (termasuk penghantaran sekitar Lembah Kelang) MUATAN: 500 BEG BUATAN TEMPATAN. SPESIFIKASI BOLEH DIUBAH BERDASARKAN PERMINTAAN. TEMPAHAN BOLEH DISIAPKAN DALAM MASA 2 MINGGU SAHAJA... Steamer muatan 400 beg - RM2200

Catatan Kursus ke-4

Syukur alhamdulillah kursus kali ke 4 anjuran FAF berjalan lancar. Kali ini peserta yang mendaftar hampir 20 orang tetapi ramai yang terpaksa membatalkan penyertaan atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Peserta akhir adalah sejumlah 11 orang. Nisbah peserta wanita kepada lelaki hampir sama. 4 peserta wanita dan 7 peserta lelaki. 7 peserta menyambung kursus untuk hari ke 2. Peserta paling jauh dari negeri kelahiran saya, Terengganu iaitu En Engku Abdul Rahman Syed Hassan yang berusia 65 tahun. Kami juga tinggal di daerah yang sama, Marang. Kebetulan projek cendawan yang bakal beliau jalankan berdekatan juga dengan rumah saya di Bukit Payung. Beliau dihantar berkursus oleh anak beliau. Begitu juga dengan seorang lagi peserta saya dari Melaka, Hj Aris Mohd Yusof yang dihantar berkursus oleh anak beliau yang merupakan peserta kursus saya sesi yang pertama pada 5 - 6 Januari yang lepas. Lain-lain peserta datang dari sekitar Lembah Kelang dan juga Negeri Sembilan. Sesuatu yang menarik pada...

E-BOOK PANDUAN LENGKAP MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN

Setelah hampir 3 bulan saya bertungkus-lumus menyiapkan e-book ini dengan material yang saya kumpul selama setahun untuk penghasilan e-book pertama saya ini, hari ni 25 Januari 2008 ia siap juga akhirnya. Jadi jangan lupa untuk memiliki E-book ini yang bukan sahaja padat, lengkap dan juga penuh dengan ilustrasi bergambar bagi memudahkan pemahaman. KANDUNGAN E-BOOK - Pengenalan tentang cendawan dan EM. - Kaedah penanaman, pengukusan, penuaian hasil, dan pembungkusan. - Gambar semua contoh-contoh kulat perosak. - Gambar contoh serangan penyakit pada cendawan. - Pengawalan kerosakan. - Penjagaan. - Bajet memulakan projek cendawan secara kecil-kecilan. - Lebih tebal, padat dan lengkap. - 110 muka surat dengan ilustrasi yang jelas. Cara Mendapatkan e-book ini... 1. Bank in RM20 ke akaun CIMB atau Maybank saya. No akaun boleh didapati disebelah kanan blog ini. 2. Smskan atau emelkan saya info berkenaan dengan traksaksi pembayaran seperti masa dan jumlah pembayaran serta alamat emel. 3. E-boo...

Penanda ke Fatisha Agro Farm

Untuk memudahkan peserta, saya bagi penanda ini.... Untuk petang ni saya bagi dari jalan belakang... jalan depan saya update malam ni... Dari jalan belakang.... Dari Tol Kajang ada 3 simpang utama. Ke kanan ke Putrajaya, Puchong melalui LDP. Kiri ke Kajang, Semenyih melalui SILK. Terus pula naik ke flyover adalah ke arah Bandar Baru Bangi. Ikut ke Bandar Baru Bangi... Selepas lampu isyarat, terus sahaja dan anda akan jumpa Mobil dan Shell ini di sebelah kanan... Di sebelah kiri, anda akan nampak papan tanda Poliklinik ni, itu tandanya sudah dekat. Simpang kecil di sebelah kiri selepas papan tanda ini sebelum lampu isyarat adalah jalan belakang ke FAF... Ini jalannya.. Naik bukit... Ini kedai makan yang selalu saya panggil kedai hijau yang anda akan nampak sebaik sahaja mendaki bukit tu. Hari sabtu dan ahad, akan terdapat banyak kereta singgah makan di kedai yang agak terkenal ini... Masuk jalan di sebelah kanan kedai makan ini. Jalan itu menuruni bukit... Rumah pertama di sebelah kanan...