Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

PENGUMUMAN:kambing jamnapari

Mencari KAMBING JAMNAPARI sila berhubung dengan Cik Rohaida ditalian 0196416251. jenis: Jamnapari baka jantan, umur : 15-18 bln dengan berat 45-55kg kuantiti diperlukan:64 ekor jenis: Jamnapari betina, umur 12-15 bln, berat 25-40kg kuantiti diperlukan :640 ekor SILA quote termasuk harga dari ladang, insurans, transportation ke terengganu

Setahun Dalam Kenangan

27 April 2008 genapnya setahun saya bertapak di Lot 6029 Kg Sungai Ramal Dalam. Ia tarikh bangsal saya dimulakan pembinaannya. Segala suka duka dah saya tempuh di situ. Jatuh, bangun dan segala-galanya. Itulah pengalaman paling berharga sepanjang hidup saya. Menguruskan sebuah perniagaan bersendirian, dari tanah kosong sehingga terbinanya FAF dalam bentuk yang saya impikan walau tidak sepenuhnya ia dapat dilaksanakan kerana tanah yang terlalu kecil. Tapi sebagai satu permulaan ia merupakan sesuatu yang amat-amat saya kenang dan sayang. Walau saya seorang tetapi saya amat-amat bersyukur di belakang saya ada seorang kakak yang mengambil risiko yang besar untuk mengeluarkan wang poketnya untuk merealisasikan projek ini. FAF terbina bukan dari usaha saya seorang. Tapi dari penat jerih kakak selama ini bekerja untuk mengumpul simpanan demi masa depannya dan juga dari ayah yang saya sanjung dan sayang walau setelah setahun saya di sini ayah masih belum melihat lagi hasil usaha saya dari pin

Kursus Bersama Kolej-Kolej Komuniti

Sabtu dan ahad yang lepas telah selesainya dua kursus yang berlainan anjuran Kolej Komuniti. Pada hari Sabtu adalah kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHLA) dan pada hari ahad adalah kursus fasa 2 anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat(KKKLA). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ramai peserta yang telah mendaftarkan diri tetapi tidak memunculkan dirinya pada hari kursus tersebut. Kursus anjuran KKHLA disertai seramai 15 orang peserta daripada 23 orang yang telah mendaftar. Manakala bagi kursus anjuran KKKLA pula, sepatutnya 30 orang peserta kursus fasa 1 dulu menyertai semula kursus untuk fasa dua ini, hanya 13 orang peserta yang kembali untuk menyambung sesi kursus. Saya pasti 13 orang inilah yang bersungguh-sungguh untuk memulakan projek ini kerana kebanyakan peserta yang hadir adalah peserta yang membeli beg pada kursus pertama dulu. Yang agak melucukan ialah, kerana sesi pembelajaran dulu belum habis, dan beg sudah dibeli, maka bermacam-macam lah kis

Tiba Masanya...

Mungkin dah tiba masanya saya mempercepatkan proses perpindahan ke tempat baru. Apa yang berlaku 2,3 hari ini agak merungsingkan saya. Tuan tanah sudah mula menutup pili air utama agar saya tidak dapat menggunakannya. Semua ni gara-gara bil airnya yang naik mendadak sejak sebulan dua ni. Tapi saya dah berjanji pada beliau, saya akan membayar lebihan air tersebut. Saya hanya mendapat air apabila dia mula membuka pili tersebut sewaktu airnya tangkinya mula kering. Sedangkan saya tiada air tangki. Nasib baik kebelakangan ni hujan. Ada juga saya menadah air tersebut sebagai persediaan memnghadapi apa-apa kemungkinan. Banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak menyenangkan saya. Hendak pergi bekerja pun saya rasa tidak selesa setiap kali melalui jalan yang perlu melalui rumah beliau. Bayaran sewaan dh pasti juga bertambah untuk bulan ni. Dengan tanah seluas tu saya tak mungkin dapat embesarkan projek saya. Hendak pindahkan ruang habuk kayu saya ke tanah sebelah tu pun dia dah tak bagi. Hmm

Pakej RM3500

Ramai yang telefon saya bertanya tentang pakej ni. Jadi di sini saya bagi sedikit info. Harganya boleh berubah bergantung kepada tempat. RM3500 adalah bajet yang terendah. Biasanya tidak lebih dari RM4000. Ia adalah bergantung kepada tempat yang ada. Pakej ni untuk projek kecil-kecilan di rumah. Bangsal kecil yang boleh memuatkan 1000 beg akan dibina. Saiznya bergantung kepada tempat juga. Tapak yang diperlukan paling kurang adalah 10'x6'. Ruang penyediaan media juga dibina dan juga tempat kukusan bersama set tong dram yang boleh memuatkan 120 beg media siap dengan penutup, tapak kukusan, kayu lapik dan getah pengikat. 1000 beg media separuh matang juga termasuk dalam pakej ini. Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk melihat tapak dan membuat anggaran bajet. Terima kasih.

Ingin Memulakan Projek di Terengganu? Pakej Bangsal Cendawan dan Rumah Kedai

Selepas berbincang dengan ayah, bangsal saya di Bukit Payung, Terengganu perlu disewakan memandang saya belum pasti akan balik selepas projek cendawan saya di sini semakin menunjukkan tanda-tanda yang positif dan begitu menggembirakan orang yang banyak membantu dari segi kewangan kepada FAF. Saya sedang merancang untuk berpindah ke tapak lebih besar untuk meningkatkan lagi hasil keluaran cendawan FAF yang menjadi 'main reason' saya memulakan perniagaan ni. Bagi yang berminat untuk memulakan projek di Terengganu terutamanya bagi warga Terengganu yang tinggal berhampiran dengan rumah saya di Kampung Binjai Bongkok saya ingin menawarkan pakej penyewaan untuk memulakan projek cendawan di sana. Mungkin ramai yang tak punya modal yang besar untuk memulakan sesuatu projek memandangkan untuk bermula, sekurang-kurangnya kita memerlukan modal lebih kurang RM20 ribu untuk menyiapkan fasiliti seperti bangsal cendawan, bilik suntik, tempat bancuh, ruang habuk kayu, bilik peram, stor dan lai

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TERKINI

KURSUS CENDAWAN DI KEDAH Masa : 9am- 6.30am (sehari) Tarikh :26 April 2008 @ 3 Mei 2008 Tempat : No 121 Kampung Paya Semambu 14200 Relau Kedah. Anjuran :ZD sinar Impian bersama Pengusaha Relau. WEB: www.ahzago.blogspot.com Hubungi: 012- 4537864 (hadi zainudin) : 017- 4705532 (hadi majid) : 012- 4703609 (rose) KURSUS CENDAWAN DI PERAK KURSUS CENDAWAN DI PAHANG KURSUS CENDAWAN DI JOHOR ANJURAN : SAIFULAM-AGROFARM TARIKH : 26 APRIL 2008 (SABTU) 27 APRIL 2008 (AHAD) MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG LOKASI : KG PT HASSAN,82200, BENUT,PONTIAN,JOHOR. PAKEJ A : RM 180 (SABTU SHJ) PAKEJ B : RM250 (SABTU & AHAD) TERHAD KEPADA 1O PESERTA SAHAJA TEORI DAN PRAKTIKAL (MAKANAN DISEDIAKAN) SILA HUBUNGI : AM-0137501589

Bangsal Cendawan Siap Untuk Disewa Di Terengganu

Sesiapa yang berminat untuk menyewa bangsal cendawan saya di Terengganu iaitu di Kg Binjai Bongkok Bukit Payung Marang Terengganu boleh la hubungi saya di talian 0126221149 atau 0136721141. Bangsal bersaiz 20x20 berbumbung nipah, dengan rak yang boleh memuatkan hampir 7000 beg. Saya memang dah tak dapat nak usahakan di sana sebab banyak sangat kerja kat sini. Jadi kalau ada yang berminat menyewa, saya akan menyediakan khidmat konsultansi dan juga membekalkan segala keperluan penanaman di sana. Harga sewa boleh dibincang. Fasiliti yang lengkap termasuk api dan air. Berdekatan pekan Bukit Payung. Sekian terima kasih.

Kursus Terkini

Sila rujuk bahagian kursus untuk jadual terkini. Sabtu dan ahad ni adalah kursus seterusnya. Pendaftaran dibuka. Untuk kursus anjuran Kolej Komuniti, Sila rujuk www.kkhla.edu.my dan www.kkkla.edu.my

Modem Meletop... dan Tanah Baru

Servis internet kat rumah takde dah hampir seminggu. Semua ni gara-gara kena petir minggu lepas. Belum sempat nak pegi tukar lagi. InsyaAllah nanti ada berita terbaru saya nak nyatakan di sini. Sekarang saya guna di cc. Sabtu lepas saya dah pergi tengok 2 tapak tanah yang difikirkan sesuai untuk projek saya ni. Satu di Daerah Kuala Langat satu lagi di Hulu Langat. Sama macam kolej yang anjurkan kursus bersama saya lak. hehehe... Dekat Kuala Langat tu rasanya tak berapa sesuai. Dekat Hulu Langat nampak macam ok. Sebelah je dengan IKBN Dusun Tua. Harga sewanya pun ok lah. Di Hulu Langat tu 1 1/2 ekar saiznya. Kalau nak amik semua besar. Saya sedang fikir-fikirkan pelaksanaan projek di sana nanti. Sejak seminggu dua ni saya terima lawatan dari Pegawai Mardi dan juga Jabatan Pertanian. Orang Jabatan Pertanian dah mintak saya usulkan bantuan untuk FAF. Katanya nak senang gi la jumpa Pengarah terus. Sebab pengarah tu suka bantu belia. Kawan dia pun dah dapat RM20k. InsyaAllah saya akan cuba