Pertamanya saya nak mintak maaf sebab belum sempat update untuk kursus sabtu lepas bersama Kolej Komuniti Kuala Langat. InsyaAllah saya cuba dalam minggu ni. Apa yang buat saya tak sempat-sempat balas emel dari pembaca blog saya, banyak kerja tertangguh, dan semuanya jadi kelam kabut ADALAH KERANA saya tidak lagi mempunyai pekerja di farm saya. Jadi saya amat-amat memerlukan pekerja yang berminat untuk bekerja membuat beg media sahaja kerana saya mempunyai tempahan beg yang agak banyak bulan depan. Kalau nak kerja lain boleh jugak. Macam bersihkan farm, cabut rumput, korek beg semuanya boleh. Kecuali suntik saya tak bagi orang lain buat. Saya sorang je boleh... :D Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk tujuan itu. Takde temuduga dan tak payah bawa sijil. Saya terima siapa sahaja yang boleh membaca dan mengira... Terima kasih.. :D
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.