Pertamanya saya nak mintak maaf sebab belum sempat update untuk kursus sabtu lepas bersama Kolej Komuniti Kuala Langat. InsyaAllah saya cuba dalam minggu ni. Apa yang buat saya tak sempat-sempat balas emel dari pembaca blog saya, banyak kerja tertangguh, dan semuanya jadi kelam kabut ADALAH KERANA saya tidak lagi mempunyai pekerja di farm saya. Jadi saya amat-amat memerlukan pekerja yang berminat untuk bekerja membuat beg media sahaja kerana saya mempunyai tempahan beg yang agak banyak bulan depan. Kalau nak kerja lain boleh jugak. Macam bersihkan farm, cabut rumput, korek beg semuanya boleh. Kecuali suntik saya tak bagi orang lain buat. Saya sorang je boleh... :D Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk tujuan itu. Takde temuduga dan tak payah bawa sijil. Saya terima siapa sahaja yang boleh membaca dan mengira... Terima kasih.. :D
Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!! Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun,...
Comments
saya stay kat kajang but no experience buat beg media.
pengalaman saya:
2-3 bulan melepak,menetap,menolong mana yg patut di FAF masa awal kemunculannya
menjadi penasihat tak bertauliah bagi FAF dulu2.
ni series ni say anak mintak wat pat time. bosanlah duk rumah takde buat apa.
boleh tambah pendapatan dari duk melepak saje2 kan?:D
ni series ni tau!