Pertamanya saya nak mintak maaf sebab belum sempat update untuk kursus sabtu lepas bersama Kolej Komuniti Kuala Langat. InsyaAllah saya cuba dalam minggu ni. Apa yang buat saya tak sempat-sempat balas emel dari pembaca blog saya, banyak kerja tertangguh, dan semuanya jadi kelam kabut ADALAH KERANA saya tidak lagi mempunyai pekerja di farm saya. Jadi saya amat-amat memerlukan pekerja yang berminat untuk bekerja membuat beg media sahaja kerana saya mempunyai tempahan beg yang agak banyak bulan depan. Kalau nak kerja lain boleh jugak. Macam bersihkan farm, cabut rumput, korek beg semuanya boleh. Kecuali suntik saya tak bagi orang lain buat. Saya sorang je boleh... :D Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk tujuan itu. Takde temuduga dan tak payah bawa sijil. Saya terima siapa sahaja yang boleh membaca dan mengira... Terima kasih.. :D
PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah Schizophllyum commune. Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir direndam di dalam air bagi membolehkannya mengemba...
Comments
saya stay kat kajang but no experience buat beg media.
pengalaman saya:
2-3 bulan melepak,menetap,menolong mana yg patut di FAF masa awal kemunculannya
menjadi penasihat tak bertauliah bagi FAF dulu2.
ni series ni say anak mintak wat pat time. bosanlah duk rumah takde buat apa.
boleh tambah pendapatan dari duk melepak saje2 kan?:D
ni series ni tau!