Alhamdulillah 2 unit bangsal baru sudah pun siap. Kapasiti 15,000 beg satu bangsal. Jadi sekarang kami ada 4 unit bangsal yang berkapasiti 60,000 beg. Setakat pengetahuan pihak FAF, kini projek tanaman kami adalah yang terbesar di negeri Terengganu. Penambahan bangsal ini adalah bagi menampung permintaan tinggi cendawan segar di Daerah Kemaman ni. Setakat ini sebenarnya pasaran kami hanyalah di Bandar Chukai dan sekitarnya sahaja. Jika di kira hanya dalam lingkungan kurang 10km dari ladang kami yang terletak di Kg Pengkalan Pandan Luar. Kami menetapkan sasaran untuk memasuki seluruh daerah Kemaman menjelang akhir tahun ini. Kami sekarang sudah pun membuka 2 unit bangsal bagi pengeluaran hasil memandangkan bangsal A sudah masuk tuaian ke 4. Purata hasil 2 bangsal kini mencecah 50 kg sehari. Sekiranya hari baik, cuaca baik ia mungkin boleh mencecah 70kg sehari. Bulan puasa nanti permintaan cendawan akan meningkat. Pemborong dan pekedai sudah cakap awal-awal. Permintaan bakal menjadi 2 ka...