Pada 26 Julai 2008 yang lepas, telah berlangsungnya Seminar Siswazah Tani Nasional anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia telah disertai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar IPT seluruh Malaysia dan juga siswazah yang telah pun menamatkan pengajian. Penglibatan FAF di dalam seminar ini adalah di mana saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di dalam forum bagi Slot Perkongsian Pengalaman. Ini adalah pengalaman pertama saya berucap di depan lebih 700 orang peserta. Agak gementar juga lah. Semoga apa yang telah saya kongsi di sana dapat memberi inspirasi kepada mereka semua untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Satu resolusi telah selamat dirangka dan telah diserahkan kepada Dato' Mustapha Mohammed selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Apa yang dapat saya lihat, resolusi ini akan bakal mencetus satu era di mana graduan akan ...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.