Pada 26 Julai 2008 yang lepas, telah berlangsungnya Seminar Siswazah Tani Nasional anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia telah disertai lebih 700 peserta yang terdiri daripada pelajar IPT seluruh Malaysia dan juga siswazah yang telah pun menamatkan pengajian. Penglibatan FAF di dalam seminar ini adalah di mana saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel di dalam forum bagi Slot Perkongsian Pengalaman. Ini adalah pengalaman pertama saya berucap di depan lebih 700 orang peserta. Agak gementar juga lah. Semoga apa yang telah saya kongsi di sana dapat memberi inspirasi kepada mereka semua untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Satu resolusi telah selamat dirangka dan telah diserahkan kepada Dato' Mustapha Mohammed selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Apa yang dapat saya lihat, resolusi ini akan bakal mencetus satu era di mana graduan akan mule memasuki bidang ini apabila pihak kerajaan pertimbangkannya. Semoga moto Pertanian Adalah Perniagaan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian yang dulu adalah suatu bidang yang paling terkebelakang. Namun tidak lagi kini kerana PERTANIAN bakal setanding dengan bidang-bidang lain juga suatu hari nanti. Yang paling utama, kefahaman yang jelas perlu diperolehi oleh semua orang agar mereka dapa melihat peluang yang sentiasa terbuka dan luas di dalam bidang ini.
Selamat Berjaya buat semua pelajar ipt dan siswazah yang terlibat. Semoga anda semua bakal menjadi seorang Siswazah Tani yang berjaya... insyaAllah...
booth FAF...

saya di dalam forum...

FAF la ni...

Peserta seminar berkunjung ke booth FAF...

Kunjungan dari Y.B Dato' Mustapha Mohammed...

Comments