Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza.
Kaedah 1.
Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama.
Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini.
Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan) ;
Perkara Kos (RM)
1. Habuk kayu. 0.100
2. Dedak 0.024
3. Kapur. 0.002
4. Plastik PP. 0.067
5. Gas 0.044
6. Air. 0.001
7. Benih. 0.050
8. Set Penutup. 0.200
9. Upah. 0.150
Jumlah ~~~~~~~~~~~ 0.65
Kos 1 unit beg cendawan = RM0.70 (1 unit terdekat)
Kaedah 2.
Bagi kaedah kedua ini, adalah melibatkan kos yang ramai pengusaha tidak menyedarinya. Contoh adalah seperti di bawah:
1. Susut nilai mesin dan rumah cendawan.
2. Gaji pemilik.
3. Kos sewa tanah atau bangunan.
4. Bil utiliti.
5. Kos Penyelenggaraan.
6. Pengangkutan.
Setelah dikira bagi tempat kami ia melibatkan pertambahan kos sebanyak RM0.50 bagi setiap bongkah cendawan.
Oleh yang demikian
Kos keseluruhan bagi 1 unit beg cendawan adalah
RM0.70 + RM0.50 = RM1.20 PER UNIT BONGKAH
Namun nilaian ini berbeza bagi setiap organisasi dan lokasi. Sekiranya bongkah disediakan oleh owner sendiri dan hanya sekadar buat di rumah atau di tanah sendiri serta mempunyai akses yang hampir dengan lokasi bahan mentah pasti kosnya akan semakin rendah. Mungkin boleh di bawah RM1.00.
Sebagai penutup, kesimpulan yang dapat saya buat adalah, kos yang dikira kaedah 1 hanya terpakai untuk projek cendawan yang melibatkan projek cendawan sara diri. Sebagai sebuah entiti perniagaan korporat dan menjalankan perniagaan untuk jangka panjang dan mengguna pakai pekerja yang ramai, kaedah 2 lebih wajar dikira untuk pengembangan bisnes di masa depan.
Kos juga dapat dikurangkan jika kita mempunyai akses terus kepada pembekal yang lokasinya agak dekat. Setiap pengusaha mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri dalam pengiraan kos. Apa yang terbaik bagi kita boleh lah diguna pakai untuk kesinambungan projek masing-masing.
Yang pasti, bagi pendapat peribadi saya, projek cendawan adalah satu projek pertanian yang berbaloi dan bernilai tinggi jika diusahakan dengan cara yang betul dan sistematik. Ia masih relevan untuk diusahakan oleh setiap peringkat samaada saradiri atau bisnes.
Berusahalah tanpa jemu dan menuntut ilmulah sepanjang menjalankan projek. Pasti ada sinar di hujung sana untuk kita.

Comments
(And actually, it is not about genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING related to "HOW" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", and not "what"...
TAP this link to discover if this quick quiz can help you decipher your real weight loss potential
Suhaimi 0164616614
Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.com ^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856