Pada 29 Jun yang lalu, kursus anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat telah berlangsung dengan jayanya di Fatisha Agro Farm. Ia disetai oleh 24 orang peserta diiringi 4 orang pegawai kolej. Kursus bermula lebih kurang 9.30 pagi memandang jarak KKKLA yang agak jauh di Banting.
Suasana kursus agak menceriakan kerana kehadiran 2 peserta cilik yang merupakan anak kepada pegawai kolej. Mereka turut mengambil bahagian dan bersama-sama terlibat semasa proses bagging dijalankan. Kursus ini merupakan kursus fasa 1 dan sambungannya iaitu kursus fasa 2 akan dijalankan pada bulan hadapan.
Semoga segala ilmu yang telah dikongsi bersama disini dapat dimanfaatkan bersama. Jumpa lagi pada kursus yang akan datang. Selamat berjaya untuk semua.

Gambar-gambar akan saya masukkan nanti....

Comments