Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu anjuran FAF yang akan datang akan diadakan pada 1- 2 Mac 2008 dan 29 - 30 Mac 2008. Penyertaan kini dibuka dan yuran penyertaan adalah seperti biasa. Sila rujuk bahagian Kursus untuk maklumat lanjut.

Selain tarikh ini, pada bulan ini dan juga bulan depan, FAF juga menganjurkan kursus yang sama tetapi anjuran bersama dengan 2 Kolej Komuniti iaitu anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat pada 23 Februari 2008. Tetapi pada tarikh ini penyertaan sudah penuh. Tetapi tuan puan boleh menghubungi pihak kolej untuk mendaftar bagi kursus yang akan datang pada tarikh yang belum ditetapkan.

* Kursus dijalankan di Fatisha Agro Farm sendiri

Seterusnya adalah bersama dengan Kolej Komuniti Hulu Langat iaitu pada 15 Mac 2008 (Penyertaan dibuka kepada orang ramai). Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja dan sesiapa yang berminat menghubungi penganjur untuk tujuan pengesahan pendaftaran melalui Puan Noorazian Mohd Arshad penyelaras kursus dari Kolej Komuniti Hulu Langat melalui no telefon 0124647712. Sijil akan dikeluarkan oleh pihak kolej kepada peserta. Jangan lepaskan peluang ini. Tempat adalah terhad.
* Kursus dijalankan di Fatisha Agro Farm sendiri
Comments