Syukur alhamdulillah kursus kali ke 4 anjuran FAF berjalan lancar. Kali ini peserta yang mendaftar hampir 20 orang tetapi ramai yang terpaksa membatalkan penyertaan atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Peserta akhir adalah sejumlah 11 orang. Nisbah peserta wanita kepada lelaki hampir sama. 4 peserta wanita dan 7 peserta lelaki. 7 peserta menyambung kursus untuk hari ke 2. Peserta paling jauh dari negeri kelahiran saya, Terengganu iaitu En Engku Abdul Rahman Syed Hassan yang berusia 65 tahun. Kami juga tinggal di daerah yang sama, Marang. Kebetulan projek cendawan yang bakal beliau jalankan berdekatan juga dengan rumah saya di Bukit Payung. Beliau dihantar berkursus oleh anak beliau. Begitu juga dengan seorang lagi peserta saya dari Melaka, Hj Aris Mohd Yusof yang dihantar berkursus oleh anak beliau yang merupakan peserta kursus saya sesi yang pertama pada 5 - 6 Januari yang lepas. Lain-lain peserta datang dari sekitar Lembah Kelang dan juga Negeri Sembilan. Sesuatu yang menarik pada kursus kali ini adalah kerana saya menerima peserta adik beradik seramai 3 orang wanita yang amat ramah dan mesra. Bagus sebab bersatu hati datang ke kursus. Lepas ni dah balik pastikan buat projek ni k.. :)
Kursus kali ni saya tiada juru kamera khas. Itu yang membuatkan banyak aktiviti tak diramkamkan sepenuhnya. Saya agak terkilan kerana lupa mengambil gambar semua peserta pada hari pertama. Hanya peserta yang datang berkusus hari kedua sahaja yang sempat dirakamkan foto bersama. Sijil juga terpaksa diposkan kerana printer saya tiba-tiba ada masalah. Biasanya sijil disampaikan pada akhir kursus.
Apa-apa pun syukurlah segala berjalan dengan jayanya. Yang paling penting, ilmu penanaman cendawan dapat disampaikan kepada semua peserta dengan jelas. Kalau ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan emel atau telefon sahaja saya. InsyaAllah saya akan sedaya upaya menjawabnya.
Buat semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ke 4 ini, FAF dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...
Sedikit gambar untuk tatapan semua....

Comments
ada... saya baru plan nak jumpa ketua kampung utk bincangkan tentang ni... insyaAllah tak lama lagi...
boleh saya tau saudara ni siapa? penduduk desa surada ke?