Kursus anjuran FAF kali ke -10 telah selamat diadakan pada 14 Jun yang lepas. Ia disertai oleh 5 orang peserta berlainan latar belakang. Banyak juga perkara menarik pada kursus kali ini. Satu kerana ia disertai oleh seorang sahaja kaum wanita iaitu Cik Joanne yang berketurunan cina, manakala selebihnya ada 4 orang lelaki yang 3 darinya adalah berasal dari negeri Johor. Termasuk Joanne sendiri juga orang Johor. Tapi tak silap, peserta yang bernama Firdaus ni kampungnya kat Johor juga walau dia orang KL. Lagi satu yang menarik adalah, kursus ini jatuh pada hari lahir seorang peserta iaitu En Azrul yang datang dari Muar, Johor. Memang agak menariklah sebab tarikh suntik beg adalah pada tarikh lahir beliau, manakala tarikh buka beg pula yang pasti jatuh pada tarikh 2 blan selepas itu jatuh pada hari lahir seorang staf FAF iaitu Cik Fyda. Walau peserta kali ini agak sedikit, tapi ia memang menyeronokkan. Terima kasih pada semua yang hadir pada kursus kali ini. En Azrul, Joanne, Mohaini, Fir...