Sudah lama juga saya tidak menulis catatan terkini di sini. Kesibukan bekerja jadi salah satu sebabnya. Hari ini dan esok saya bercuti. Bukan bercuti dengan pergi ke mana-mana pun, saya bercuti dari bekerja di farm. Saya menyertai Kursus Teknologi Cendawan anjuran PPD Kemaman sebenarnya. Kursus ini diadakan selama 2 hari. Tetapi sambutan yang diterima agak mengecewakan kerana daripada 27 peserta yang mendaftar dan sebenarnya senarai yang ada lebih daripada tu, hanya 4 orang sahaja yang memunculkan diri di Bilik Gerakan aras 4 Wisma Persekutuan daerah Kemaman. Dan saya adalah peserta kelima yang hadir tanpa nama saya berada di dalam senarai. Saya kira ada beberapa faktor sebenarnya yang menyumbang kepada perkara ini. Dan ini antara ulasan saya... 1. Kursus Percuma - jadi bagi mereka yang tidak benar-benar bersungguh, bagi mereka tiada apa yang rugi untuk mereka kalau tak hadir sekalipun. 2. Tiada Follow-up - Kemungkinan ini juga antara sebabnya. 3. Makluman kursus terlalu lambat - peser...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.