Skip to main content

Posts

Catatan Kursus Anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat di FAF

Pada 31 Januari yang lalu, pihak FAF telah dilantik sekali lagi sebagai tenaga pengajar bagi kursus penanaman cendawan anjuran pihak Kolej Komuniti Hulu Langat. Terima kasih kami ucapkan diatas kepercayaan yang diberikan. InsyaAllah setiap bulan, kursus ini akan anjurkan oleh pihak kolej. Jadi ini memberikan semua orang peluang untuk mengikuti kursus penanaman cendawan pada bayaran yang cukup rendah. Kursus pada hari Sabtu yang lepas ini disertai oleh 15 orang peserta dan 3 orang pegawai pengiring. 15 orang ada had bagi setiap kursus. Ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada peserta bagi mendapat peluang yang sama bagi setiap orang. Maklumat yang ingin disampaikan juga boleh menjadi lebih mudah. Yang paling menarik, separuh dari peserta kali ini datang daripada satu kumpulan dari selatan tanah air iaitu Johor. Siap ada yang membawa ibu dan bapa bersama. Bagus.. famili bisnes... :D Dan mereka adalah antara kumpulan yang paling cepat akan memulakan projek ini nanti. Seperti biasa l...

Perkembangan Projek Di Kemaman, Terengganu

Saya baru sahaja pulang dari Terengganu. Bukan sebab balik mengundi. Selama 4 hari saya di sana adalah bagi mengikuti perkembangan projek di Kg Pengkalan Pandan LUar, Kemaman yang masih dalam pembinaan atau 30% siap. Ia sudah bermula bulan November tahun lepas, tetapi akibat musim tengkujuh di sebelah pantai timur menyebabkan projek ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Mulai bulan depan saya akan balik ke Kemaman dan sepenuh masa saya akan berada di sana. Tapak projek di Kajang pula akan diuruskan sepenuhnya oleh Cik Fyda. InsyaAllah 2 minggu sekali saya akan ke Kajang bagi tujuan mengajar untuk kursus yang akan di kendalikan oleh pihak FAF dan juga kursus anjuran Kolej KOmuniti. Projek di Kemaman akan mengandungi 4 unit bangsal bersaiz 25'x40' dan akan di kembangkan menjadi 6 unit pada tahun hadapan, 1 unit rumah proses bersaiz 40'x40' yang mengandungi ruang proses, bilik suntik serta ruang kukusan. Selain itu, 1 unit pejabat, 1 buah surau dan 1 buah ruma...

BLog Prof Saya

Salam.... Silalah ke blog ni www.agrokimi.blogspot.com Ini adalah blog supervisor saya semasa saya buat tesis master di UKM. Sekarang walaupun sudah menjadi seorang profesor gred tertinggi di UKM, beliau masih berminat dengan bidang pertanian. Beliau menggabungkan ilmu-ilmu kimia ke dalam sektor pertanian dan menggunakan sepenuh ilmu yang ada untuk dipraktikkan sebaik yang mungkin. Mungkin nanti beliau juga akan membuka ladang cendawan di PD, N9.
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU TARIKH : 11 JANUARI 2009 (AHAD) MASA: 9.00 AM - 4.00 PM TEMPAT : LOT 6029, JALAN MASJID, KG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG. YURAN : RM200 KANDUNGAN KURSUS : SESI TEORI DAN PRAKTIKAL BERMULA DARI MEMBUAT BEG SEHINGGALAH KE KAEDAH PENUAIAN, PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN. PENJAGAAN BEG SEDIATUAI, PENCEGAHAN KEROSAKAN. FAEDAH : NOTA YANG LENGKAP, SIJIL KURSUS, BEG MEDIA UNTUK DI BAWA PULANG. TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA, SILA HUBUNGI CIK FYDA 0176624083 UNTUK PENDAFTARAN ATAU SMSKAN NAMA DAN ALAMAT EMEL KE NO TELEFON TERTERA. DISKAUN UNTUK PESERTA YANG MEMBAWA RAKAN BERSAMA.

KURSUS TERAKHIR TAHUN INI

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU TARIKH : 28 DISEMBER 2008 (AHAD) TEMPAT : LOT 6029, JALAN MASJID, KG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG. YURAN : RM180 SAHAJA (BIASA RM200) KANDUNGAN KURSUS : SESI TEORI DAN PRAKTIKAL BERMULA DARI MEMBUAT BEG SEHINGGALAH KE KAEDAH PENUAIAN, PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN. PENJAGAAN BEG SEDIATUAI, PENCEGAHAN KEROSAKAN. FAEDAH : NOTA YANG LENGKAP, SIJIL KURSUS, BEG MEDIA UNTUK DI BAWA PULANG. TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA, SILA HUBUNGI CIK FYDA 0176624083 UNTUK PENDAFTARAN. DISKAUN UNTUK PESERTA YANG MEMBAWA RAKAN BERSAMA.

Kursus di Putrajaya

Pada 13hb Disember yang lepas, saya telah dipanggil sebagai penceramah jemputan untuk memberi kursus penanaman cendawan di Dewan Serbaguna Presint 8 di Putrajaya. Kursus pendek ini bertujuan untuk memberi sedikit gambaran kepada peserta tentang penanaman cendawan. Selain itu peserta juga akan dibimbing untuk memohon sebarang pinjaman tetapi yang diutamakan adalah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB - kami bukan along, kami mau tolong), Tekun dan juga pinjaman skim siswazah di bawah MECD. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat konsultansi bagi menyediakan kertas kerja boleh la hubungi saya bagi tujuan tersebut. Ia akan disediakan oleh perunding yang bertauliah. Sudah agak lama saya tidak menganjurkan kursus sendiri di FAF. InsyaAllah bulan Januari ini saya akan adakan kursus terbaru. Saya sewaktu kursus di Putrajaya.... Anak buah dan adik... Seronok Fifah n Izzati dapat ikut ke Putrajaya... Ni masa bawak diorang jalan2 kat Melaka... cane saya lak paling rendah ni... :D

Cerita-Ceritu

Lama sungguh saya tak bercerita di laman ni. Mana entah hilangnya cerita tu ek... Banyak cerita sebenarnya tapi tak sempat-sempat saya catatkan di sini. Sebulan dua ini agak sibuk juga menguruskan farm di Kajang. Berulang-alik ke bengkel pembekal, dan juga menghantar barang ke pada pelanggan. Bulan Disember ni mungkin jadi bulan yang agak sibuk buat saya kerana saya sedang menyiapkan beg yang ditempah pelanggan. Bangsal peram saya sejak raya ni kosong tak terisi. Ada la isi sikit lepas raya buat, tapi tu pun dah habis. Kapasitinya hampir 8000 beg tapi sekarang memang tengah kosong tunggu untuk di isi. Tapi kalau penuh pun, ia akan bakal kosong lagi nanti. Selepas raya, saya banyak hadiri kenduri kahwin. Satu salah seorang rakan yang sama-sama pernah menolong saya di FAF, Puan Rohaida, bukan Cik Rohaida lagi yea... Itu pada 15 November yang lalu. Seminggu selepas itu, anak kepada tuan tanah, Tini yang juga kawan adik saya masa kecik-kecik dulu. Dua-dua kenduri ni saya 'merewang'...