Skip to main content

Kursus

Alhamdulillah... Bertuah rasanya dapat mengikuti Kursus Asas Pengeluaran Cendawan di TPU UPM selama 3 hari ini. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Banyak yang saya belajar dan perolehi. Selain dari ilmu juga kawan-kawan yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan juga ingin membantu antara satu sama lain.

Selepas kursus, idea bisnes saya sudah semakin bertambah dan saya semakin nampak di mana hala tuju saya dalam bidang ini. Dengan semangat yang diberi saya makin berkobar-kobar untuk menjalankan projek ini. Sekarang rak di belakang rumah sudah berisi hampir separuh. Ia boleh memuatkan 400 beg cendawan dalam satu masa. Minggu ini saya akan dapatkan beg yang saya order sudah lama dulu. Selepas itu saya akan memulakan projek untuk membuat sendiri minggu depan juga. Saya sekarang dalam proses menempah logo dan juga mencari barang-barang untuk proses pembungkusan. InsyaAllah awal bulan 3 saya akan mula menjual cendawan dalam bentuk promotion pack.

Saya tidak jadi balik ke Kuantan minggu ini. Saya tunda 2 minggu lagi kerana masalah tiket. Habis lah.. hehehe.. Baru tadi pegi cari mestilah habis. Sampai sini dulu, kena balik siapkan tesis.

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir