Skip to main content

Pendaftaran Syarikat

Alhamdulillah semalam 5hb Februari 2007 mencatat sejarah baru dalam hidup saya. Sebuah syarikat atas nama "Fatisha Agro Farm" telah selamat didaftarkan. Saya sebenarnya membuat pilihan nama yang pertama adalah Fresh Mushroom Farm tapi nama itu agaknya sudah menjadi milik syarikat lain sebab tu nama yang terpilih adalah nama pilihan kedua. Selepas mengajar di UPNM semalam, saya terus bergegas ke The Mall untuk urusan ini. Setelah 2 jam di sana, urusan pendaftaran telah selamat dilakukan. Tidak susah pun. Kos yang dikeluarkan semuanya berjumlah RM74. RM4 untuk urusan suruhanjaya sumpah dan RM70 untuk pendaftaran syarikat. Semoga dengan terdaftarnya syarikat ini, ia akan lebih menaikkan semangat saya untuk merealisasikan impian masa depan saya ini.

Hari ini, saya sempat juga membuat sedikit survey tentang bilangan restoran dan kedai runcit/pasar mini yang menjual barangan basah di kawasan Bandar Baru Bangi ni. Hasil yang saya dapat adalah seperti berikut:

-----------------Restoran --------------Pasar Mini/kedai runcit
Seksyen 3 --------6 --------------------------6
Seksyen 4 -------14 -------------------------11
Seksyen 5 --------4 --------------------------4
Seksyen 7 --------3 --------------------------1

Saya tak sempat untuk membuat survey di seluruh Bandar Baru Bangi ni. InsyaAllah saya akan sambung esok atau lusa untuk seksyen 1, 2, 8, 9, 10, 14, 15 dan 16. Semoga Allah permudahkan urusan saya.

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir