Skip to main content

Profile


FATISHA AGRO FARM

Syarikat Fatisha Agro Farm adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penanaman cendawan telah ditubuhkan pada 5hb Februari 2007. Jenis cendawan yang ditanam adalah cendawan tiram kelabu iaitu merupakan cendawan yang paling banyak diusahakan di Malaysia.

Syarikat merupakan pengeluar cendawan yang terbesar di Negeri Terengganu.

Selain menjalankan aktiviti pengeluaran cendawan segar, syarikat juga memberikan pelbagai perkhidmatan lain berteraskan aktivi yang berkaitan dengan cendawan iaitu:

1. Pembekal beg cendawan (bongkah cendawan) separa matang dan matang.
2. Pembuat dan pembekal mesin-mesin penanaman cendawan seperti mesin pembancuh media cendawan, mesin pengukus beg cendawan,  medin bagging dan peralatan berkaitan.
3. Membekal bahan mentah penanaman cendawan seperti habuk kayu getah, dedak, kapur, plastik pp, benih cendawan dan penutup.
4. Memproses dan mengeluarkan produk hiliran berasakan cendawan seperti popia cendawan,  samosa cendawan, tepung goreng cendawan dan cendawan goreng.
5. Memberi khidmat nasihat.
6. Menjalankan kursus tanaman cendawan.









Biodata Pengurus

Nama :Rusila Yusof

Lahir pada 21 Jun 1981

Negeri Kelahiran: Terengganu

Latarbelakang Akademik: Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.

Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.

Lain-lain:
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
- Mengikuti Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
- Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading

Pengalaman:
- Dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai panel di dalam Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
- Penceramah bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, Koleh Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
- Menjadi penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh pihak swasta yang lain.
- Penulis buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication.

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi