Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Saturday, April 28, 2007

Hari Ketiga

Saya sampai awal. Makcik kebetulan ada di dapur. Saya datang membawa kopi, gula dan susu yang belambak-lambak di rumah. Dari pagi kelmarin lagi saya berjanji untuk membawa semua barang-barang itu ke rumah makcik. Tapi petang semalam apabila saya pergi ke tapak projek, saya masih lupa untuk membawanya. Saya bawakan kopi, susu dan gula itu untuk makcik menyiapkan air minuman pada pekerja yang membuat bangsal. Makcik dan pakcik memang baik orangnya. Dia lah yang menyediakan minuman untuk mereka yang bekerja itu. Saya tidak meminta tapi dia yang menawarkan diri. Kata makcik, "Makcik boleh sediakan air. Tapi nanti kamu bawalah kuih atau apa-apa untuk mereka makan. Kalau dulu makcik penah bagi kuih, nasi lemak, mee dan juga roti canai". Syukurlah sebab makcik dan pakcik banyak yang membantu. Tanpa mereka, saya tak tahu bila saya boleh memulakan projek ini.



Hari ni saya letakkan sedikit gambar-gambar yang diambil dalam proses pembinaan bangsal. Gembira dapat berkongsi dengan rakan-rakan semua.


Free Image Hosting at <a href=


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

No comments: