Skip to main content

4 Cerita

Cerita I - Cendawan Sulong

Beg media sulong yang saya hasilkan di farm saya sudah mula menunjukkan hasil. Belum cukup dua bulan ia dah mula tak sabar-sabar untuk keluar dari beg tempatnya berkurung. hehehe. Seronok saya tengok sebab ia menunjukkan kerja tangan saya menjadi. :) Jadi satu petak yang boleh terisi 69 beg saya sudah buka separuh daripadanya. Ada yang belum putih sepenuhnya tapi sudah hendak keluar cendawannya jadi saya bukakan terus penutupnya.

Saya dah buka penutup bagi petak yang pertama... separuh je dulu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni beg yang sudah keluar cendawan dari penutupnya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tengok tarikh benih disuntik. 4/6. Belum cukup 2 bulan kan...Putih (maisilium) pun belum sampai ke bawah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang ni pun sama, tak sabar-sabar nak keluar...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Cerita II - Tong Dram


Saje je nak tunjukkan pada semua pembaca blog saya tong dram ni. Kat farm saya ada 4 tong dram yang boleh isi lebih dari 100 beg media bergantung kepada susunan dan juga ketinggian penutup tong itu sendiri. Contohnya kalau pakai tong dram yang ditutup pakai klip, yang memang penutup atasnya boleh dibuka, tong macam tu boleh isi lebih kurang 27x3= 81 beg dan tambahan 3,4 beg di atas layer paling atas. Total mungkin boleh mencapai 90 beg. Kalau pakai penutup menggunakan tong dram yang dipotong 3, boleh isi 27x4=108 beg media. Tambahan beg pada layer paling atas, jumlah beg boleh mencapai 115 beg. Kalau pakai penutup yang dipotong 2 bahagian lak leh isi lebih dari 120 beg. Jadi kalau nak jimatkan gas, pakai lah penutup yang dipotong 2 bahagian je.

Koleksi tong dram saya.. :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tong dram yang pakai klip. Yang ni saya tak jumpa lagi. Ni gambar yang saya ambil masa pergi kursus 1st dulu. Boleh isi +- 90 beg

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tong dram dengan penutup yang dipotong 3 bahagian. Boleh isi +- 115 beg

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tong dram dengan penutup yang dipotong 2 bahagian. Boleh isi +- 120 beg

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Selain tu, cara untuk elakkan tepi beg daripada terbakar semasa pengukusan adalah dengan memakai jaring hijau ni. Yang ni dibuat dari plastik. Harga saya beli kat kedai RM10 satu meter. Pengunaan jaring ni saya mula-mula tengok di farm Citra Mushroom.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kalau nak pakai guni pun ok. Lagi jimat kos. Harga satu 40 sen je. Lapik pada tepi tong dram. Lepas tu baru letak beg. Yang ni lak saya tengok Lutfi yang buat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pelapik tong dram lak saya guna macam-macam bentuk. Yang ni semua diperbuat dari kayu.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang ni lak kayu kat atas je. Kat bawah tu saya lapik dengan bata 2 lapisan. Kat atas bata baru letak kayu. Letak jaring besi pun boleh. Mana-mana yang sesuai lah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ada satu lagi saya lapik dengan jaring hijau plastik tu. Yang saya buat lapik tepi tong dram tu. Tapi yang ni saya lupa amik gambar. Sama juga kat bawah letak bata 2 lapisan then baru letak jaring hijau tu.

Kesimpulannya: Kalau ada bajet lebih, belilah steamer yang boleh isi 1000 beg tu. Senang citer.. :)

Cerita III - Cendawan Reject dan Serangan Perosak

Tuaian hari semalam 29/07 banyak sangat reject. Antara sebab-sebab reject tu saya letak contoh gambar kat bawah ni. Contoh serangan perosak jugak saya letakkan sekali.

1. Cendawan tiram kelabu jadi cendawan tiram putih

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- sebenarnya bukan betul-betul pun. Cuma warnanya yang berubah. Sebab musababnya saya belum pasti. Tapi yang ni jarang-jarang berlaku. Biasa pada beg cendawan yang sudah tak produktif.

2. Cendawan tidak membesar dan kekeringan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- masalah ni biasa lah sangat. Kadang-kadang cendawan tak besar dan kekeringan sikit. Biasanya bentuk macam ni lah berkedut-kedut sket. Tak cantik macam cendawan biasa. Kemungkinan air kurang.

3. Cendawan diserang semut

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- yang ni memang saya belum cari lagi penawarnya. Sekarang semut dah makin bertambah-tambah. Kalau saya makan kat dalam bilik saya kat farm tu pun, kejap je semut datang. Yang ni semut siap buat sarang kat dalam cendawan tu. Sampai berlubang. Kalau cendawan tu kita biar lama-lama memang lubangnya akan bertambah besar.

4. Cendawan berkedut-kedut

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- cendawan yang dituai terlalu lambat akan mengalami masalah ni. Tapi ni bukan kedutan yang terhasil sebab tuaian lambat tetapi keluar-keluar je dan memang camni. Memang tak boleh buat apalah. Tapi still boleh makan. Isi tebal lagi tu...

5. Cendawan tak licin macam biasa.. hehehe..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- yang ni pun satu lagi msalah yang tak dapat saya tahu puncanya. Masalah ni hanya kadang-kadang terjadi. Kat atas memang tak licin. Kalau tengok macam takut je nak makan. Kat bawah bahagian insangnya ok je. Macam cendawan biasa.

6. Masalah semut yang berkumpul di celah-celah insang cendawan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- yang ni bukan reject. Boleh makan. Tapi masalah pada saya lah masa packing. Sebab terpaksa belek satu-satu untuk cari semut yang berkumpul. Kadang-kadang dah siap pek barulah dia nak keluar.

7. Masalah serangga bari yang berkumpul di celah-celah insang

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- yang ni pun satu masalah utama saya. Tapi cara untuk elakkan perkara ni saya dah tahu. Kata Lutfi Trg ada 2 cara. Satu, cara semulajadi. Kena ada sarang labah-labah. So kalau ada sarang labah-labah kat dalam bangsal tu biarkan saja. Saya lupa nak tanya Lutfi, labah-labah yang makan bari ni ke atau jaring dia yang perangkap serangga ni. Cara kedua, sembur dengan limau kasturi. Jangan sembur pada cendawan tapi pada keliling bangsal. Ini dapat elakkan daripada serangan bari ni. Betul ke panggil bari? hehehe... Lutfi cakap kat Terengganu panggil 'baring'. Saya pun dah jadi orang KL ni lupa lak bahasa Trg.. hehehe... (Loghat Trg tak leh hilang. Kalau saya cakap mesti orang tau saya ni orang TRG).

Cerita IV - Cendawan goreng lagi...

Macam biasalah, saya akan buat cendawan goreng dan juga masak sup cendawan kalau ada lebihan cendawan reject yang terlalu banyak. Kadang-kadang langsung takde reject. Tapi bila dah banyak tu memang kena makan sendiri lah. Nasib baik lah makan cendawan ni tak muak. Sebab suka kan. Nampaknya kena selamanya suka lah.. kalau tak nanti membazir :) Cendawan goreng sedap kalau guna yang isi tebal-tebal. Rasa macam makan ayam goreng lak. Tapi kalau isi nipis, tak berapa best sangat lah. Betul tak orang yang suka makan cendawan goreng tu... ? :) Aritu makan tak habis...

Yang ni pakai tepung adabi.. kuning sket...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang ni tepung kentucky.. putih sket...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tengah goreng...berbuih-buih, beselah celup telur kan... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Siap!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sup cendawan... sedappp....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Itu saja laporan saya untuk hari ini. Sekian... :) Masa untuk tidur... Lupa satu perkara. Terima kasih pada yang betulkan ejaan begging tu. Sebenarnya bagging, daripada root word 'bag' dalam bahasa inggerisnya... :) Saya tahu tapi tersilap.. hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi