Skip to main content

Ketensenan Melanda...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Semalam saya sempat bancuh 10 tong habuk kayu sebelum saya bertolak ke rumah sahabat saya untuk mengambil dia dengan tujuan untuk menolong saya melakukan kerja-kerja kat farm saya tu. Rumah dia tu memerlukan saya melalui MRR2 untuk ke sana. Yang tensionnya saya tersekat dalam jem yang panjang... 3 jam!!! Haduiii... Ni gara-gara pokok tumbang kat Ampang. Sepatutnya ambil masa dalam 40 minit je untuk sampai umah dia dari Tol Kajang dengan kereta sport saya tu hehehe. Kalau kereta tak sport maybe dalam 30 minit kot dah boleh sampai. Ingat nak siapkan kerja tu malam tadi tapi dah sampai sana dah 8 lebih bila masa lak saya sempat nak begging 10 tong bancuhan tu malam tu jugak. Tertangguh lagi kerja saya. Saya sempat menangis dalam kereta sebab tension giler (hobi saya memang menangis pun.. hehehe.. dulu masa kat ukm tunggu bas nak balik hostel. 2 jam tak dapat-dapat. Saya menangis gak kat bus stop tu. Sebab tu saya beli motor dari 1st sem lagi. Den tak suka nunggu-nunggu ni). Saya fikir nak cepatkan kerja tapi melambatkan kerja lak gara-gara jem tu. Itulah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang tentukan.

Pagi ni saya siapkan kerja-kerja semalam. Malam tadi saya sempat letakan habuk kayu dalam plastik je. Tak hentak tak apa. Pagi ni baru saya buat semua tu. Alhamdulillah dah setel semua. Biasalah, pagi-pagi saya harvest cendawan, lepas tu siram. Saya siapkan begging, kukus dan lepas tu baru pack cendawan yan harvest pagi tadi tu. Saya kukus tadi pukul 2.30 petang. Malam ni kul 8.30 kena tutup lah. Sekejap lagi saya akan ke farm balik untuk suntik benih. Ada 4 tong yang belum disuntik. Petang ni siap insyaAllah semua.

Semoga perjalanan kerja-kerja saya dipermudahkanNYA...

p/s: maaf untuk 'dia'...

Comments

Anonymous said…
Malam tu mmg jem, bukan setakat MRR2 je tapi sampai ke Jalan Tun Razak pun berjangkit termasuk area depan KLCC / Nikko Hotel / Citibank tu. Awak lalu petang ye? Saya lalu situ after 9.00 mlm tapi jem juga... Mula plan nak pi makan kat Wangsa Melawati, kata ada the best tomyam in town kat situ, lepas kena jem terus takde mood.

Lalu MRR2 sampai area Makro lama kat Cheras tu tgk tak boleh nak gi jugak, terus keluar masuk ke mana ntah tak tau tp sblh kiri tu le, nak ke pusat bandaraya, terus jalan sedar2 dah masuk ke Loke Yew, ok lak tak jem, sampai le ke Jln Tun Razak, hampeh jem balik... Hishhh rimas betul KL ni...

apaapajelah
Orang Padi said…
Saya memandu bertentangan dgn anda,Jem dari tempat pokok tumbang sampai ke bukit jalil.Dalam hati saya kesian mereka krn terperangkap dlm jem,nak aje saya beri amaran agar ikut jln lain.Pengajaranya:Ingat tak anda telah berjanji dgn saya nak emailkan RP.Saya tungu2 email sampai la ni...Adakah ini balasan,semoga saya menjadi org yg mengingati janji.eldor
Anonymous said…
to apaapajelah...
saya lalu kul kul 5... mmg tensen giler lah... dok KL mmg camtu... tapi sume kena hadapi gak... ada tomyam best ke kat wangsa melawati? leh la nanti nak singgah..

orang padi...
pasal RP tu saya ada tgl kan pesan kat forum... saya ada masalah sket na send.. sori yer.. saya tak janji nak send.. saya cakap je... hehehe... pe kata mintak ngan rynar_abadi... sori yep..

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi