Skip to main content

5 Hari Yang Sibuk

Perkara 1 - Peluang Pasaran
Sudah 5 hari saya tak update blog. Hari ni saya berkesempatan melepak-lepak di rumah, tu pun sebab saya perlukan siapkan quotation yang diminta oleh seorang teman yang mendapat peluang pasaran di hypermarket yang agak terkenal. Lepas ni, saya perlu ke farm sebab ada lebih 4 ratus beg perlu disuntik. Dia mintak quotation ni dari 24 Julai lagi. Dulu dah pernah bagi tapi dia minta saya revise balik. Alhamdulillah tadi saya sudah emelkan padanya. Saya tak berani sangat ambil peluang ni. Tapi saya mencuba. Harga yang saya letak pun agak tinggi memandangkan saya hanya ada satu bangsal yang ciput sahaja. Ikut hati saya hanya ingin pasarkan pada restoran disekitar Bandar Baru Bangi sahaja. Tapi saya fikir begini sahaja, lebih baik saya mencuba peluang yang ada ni daripada saya terus menolak. Kalau dapat, saya harap kita semua dapat bergabung tenaga untuk memasarkannya. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Kita buat sistem payung. Kalau dapatlah, sebab belum pasti lagi.

Perkara 2 - Rekod
Dengan tenaga sekecil saya untuk dapatkan 1000beg lebih dalam masa 2 hari adalah perkara yang mustahil. Tetapi, sesungguhnya pertolongan Allah tu amat dekat. Saya kebetulan ada target untuk dapatkan 2000beg sebelum saya konvo ahad ni. Sampai hari selasa, iaitu semalam, saya sudah dapat 1516 beg. Tapi bukan saya yang buat semua beg tu. Sudah 2 hari ada dua orang mamat indo datang bekerja. Budak lagi, umur 20 tahun. Jadi lega saya sedikit sebab adalah masa saya untuk buat kerja-kerja lain yang banyak tertangguh kat farm tu.

Perkara 3 - Lawatan ke FAF
2, 3 hari ni ramai yang hubungi saya untuk datang melawat ke farm. Tapi keadaan betul-betul tidak mengizinkan sebab saya terlalu sibuk. Kalau hari saya senang saya tidak keberatan menerima sebarang pelawat. Cuma satu yang saya pinta, pada sesiapa yang ingin datang melawat diharapkan dapat menelefon saya ataupun sms saya terlebih dahulu. Sebab saya rasa bersalah sekiranya ada yang datang, saya tidak dapat memberi layanan yang sebaiknya kerana saya kadang-kadang sibuk melakukan kerja-kerja rutin di situ.

Perkara 4 - Tempahan Beg Media
Saya ingin membuka tempahan beg pada sesiapa yang berminat untuk membelinya. Harga boleh dirunding.

Perkara 5- Kursus Intensif Penanaman Cendawan
Ramai juga yang menghubungi saya untuk berkursus. Tapi saya rasa saya belum sempat untuk menganjurkannya. Saya bercadang untuk membuat kursus intensif penanaman cendawan selama satu hari sahaja. Saya akan ajar dari A - Z. Selain itu bukan setakat mengajar sahaja, kursus ini dilengkapi pakej DIY untuk dicuba di rumah selepas balik belajar. Kursus ini lebih kepada praktikal. Dan apa yang diajar mungkin tidak akan diperolehi semasa di kursus-kursus yang lain. Yuran kursus masih belum ditetapkan, tetapi yang pastinya ia tidak lebih dari RM100.

Itu sahaja dari saya 5 perkara sebagai ganti untuk 5 hari yang sibuk. Entry kali ni tidak bergambar. Nanti lah saya masukkan untuk post akan datang. Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi