Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, September 3, 2007

Sepanjang Minggu...

Maaf lama tak update. Kakak saya sms tanya tadi, jadi saya cepat2 on laptop nak update. Bukan sebab takde masa langsung, tapi terlalu banyak benda saya nak cakap saya tak terupdate. hehehe... sori ye kak...

Masuk bulan september ni saya nak start pengeluaran untuk beg yang saya buat sepanjang bulan 6 dan 7 dulu. Walau banyak yang rosak iaitu hanpir separuh tapi takpelah saya mulakan dengan mana yang ada dulu. Sekiranya permintaan tak mencukupi saya akan ambil daripada pengusaha yang lain. Lubang tu dah ada. Hujung minggu lepas ialah hasil terbanyak yang pernah saya dapat sejak beberapa minggu yang lepas. Dah berapa minggu saya tak buka beg dengan banyak sekaligus. Saya dalam proses mengasingkan beg-beg yang rosak. Jadi pengeluaran tu saya bekukan dahulu. Untuk menampung permintaan, saya membelinya dari pengusaha lain. Saya buka lebih kurang 300 beg minggu lepas dan hasil yang saya dapat hampir 10kg. Tak semua beg mengeluarkan hasil. Secara teorinya saya boleh mendapat hasil 15kg iaitu dengan purata 50gram satu beg.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Minggu lepas saya banyak dapat kecederaan. Saya hampir jatuh motor. Saya bertahan sehingga betis saya bengkak dan lebam. Kaki saya plak kena paku masa kat farm. Saya terlanggar paku yang terjulur keluar, berdarah... terhencot2 la saya jalan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar dibawah ni ialah cendawan goreng yang dijual oleh pelanggan saya. Setiap kali singgah ke gerainya saya tidak pernah miss untuk beli sebatang dua untuk makan. Best! Saya ingat kalau saya jual juga sendiri selepas ni, saya nak buat cara ini juga.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Masalah cendawan yang paling banyak saya alami ialah beg cendawan yang sudah putih tapi yang putih itu iaitu maisilium hilang semula di makan oleh binatang yang saya tak tau nama tu sudah saya tahu namanya (ayat pe ntah ni..hehehe). HAMA!!! Itulah masalah saya sekarang. Sayang sangat sebab terlalu banyak beg yang sudah putih hampir keseluruhan beg tetapi diserang hama. Saya tak tahu mana datangnya binatang ni.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Timbunan habuk kayu diserang kulat oren. Hampir keseluruhan tapi dibahagian atas je lah. Saya tak pasti puncanya sebab kebelakangan ni hujan turun hari-hari di kawasan Kajang, Bangi. Tapi tak mengapalah ia tidak menyerang beg yang berada di dalam bangsal.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sedikit info untuk mengelakkan beg tumbang. Cara susunan adalah seperti ni. Saya pernah bagitahu dulu kan?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar ni plak cara susunan yang salah. Satu lagi, bilangan baris beg seboleh-bolehnya tidak lebih dari 5 baris. Semakin tinggi rak, semakin kurang barisnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sekian untuk hari ni. Malam ni saya update lagi insyaAllah. Saya nak pergi farm, dah terlambat. Orang suruh hantar cendawan kul 11 am ni.

6 comments:

lanchini said...

Kpd Fatisha,

Saya jugak selalu jumpa beg media yang kena serang dek hama seperti tmpt saudari. Apa yang saya buat, layur pisau atas api dan potong bahagian yang dah mati tu, tapi bagi clearance sikit la, dalam 10 mm. Pastu saya bungkus dalam plastik dan peram seperti biasa. Sekurang-kurangnya dapat jugak hasil walaupun sikit. Lagi bagus kalau dapat dibuang tempat yang mati tu pada peringkat awal.

Itu je, try la..

fatisha said...

tq yer lanchini... saya buang je selama ni.... banyak tau... dah kat seribu... thanks banyak2...

sudu said...

habuk bnyk kulat oren....
apa kata cari supplier lain...
tengok ada perubahan ke tak..

haryati said...

Fatisha,

nama akak yati. akak minat la dengan bisnes cendawan ni. cukup tak kalo akak ada dalam 15k? buat permulaan ni, akak nak wat kecilan dulu, then bila dah ok baru kembangkan bisnes ni..fatisha bleh emel akak haryatibasri@yahoo.com

sekarang akak masih wat research. akak selalu nampak nama u dalam forum..tq

shakirah said...

Assalamualaikum tuanRumah..
Eh..respect la kat akak...Chayok2..Sape ckp rmai siswazah menganggur kan...bleh la iku step akak yek..

fatisha said...

to haryati...
kalau akk ada 15k tu banyak dah tu.. kalau tanah sendiri, guna kayu yang murah2 pasti boleh kak... cuba buat dengan kos yang paling minimun.. 15k dah oleh buat complete bangsal peram, tuaian, bilik suntik dan juga tempat bancuh kalau kena gayanya...

to shakirah...
wsalam.. thanks yer... yang menganggur tu sebab takde peluang kot.. kalau diber peluang pasti boleh kan...