Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, December 24, 2007

Cerita Sana Sini...

Telur Dadar Cendawan

Pernah dengar nama telur ni? mesti tak kan.. hehehe... Ni resepi baru saya. Cuma tambahkan dalam campuran telur, bawang dan cili... Pasti Sedap!!!


Photobucket



Semua Boleh!


Sejak buat bisnes sendiri ni, banyak perkara yang saya belajar dari pemerhatian. Terbaru, apa-apa kerja yang saya rasa saya boleh buat, akan saya buat sendiri... contohnya ni... saya baiki lantai yang landai.. Ia buat air bertakung... Jadi saya tambahkan simen untuk naikkan sedikit lantainya... Buat sendiri je... Asal jadi dah... :)

Photobucket


Kenduri

Semalam saya sempat ke kenduri kawan baik saya, Lin di Rembau. Dulu dia ni rakan serumah saya juga. Bila pergi Rembau teringat yang Along ( Hidup seorang petani) pernah cakap, kat Rembau sewa tanah setahun RM100 je. Dulu mana tahu yang Rembau ni takdelah jauh sangat dari KL. Tapi takpelah.. dah buat kat Kajang ni. InsyaAllah bila dah nak besarkan nanti saya akan sewa tanah yang jauh-jauh sikit. Takpun saya balik Terengganu je buat kat tanah ayah.

Lupa nak bagitahu... Si LIN ni lah yang mula-mula menceritakan pada saya tentang projek cendawan. Masa tu tahun 2003. Dia nak buat dulu, tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi. Yelah dah kerja tetap... Akhirnya saya yang dengar je dari dia dulu, tanpa rasa apa-apa masa tu (yelah tengah sibuk dengan master, tak terfikir la), sekarang saya dah berjaya buat pun projek ni.

Photobucket

Jem!!!

Ni bukan jem strawberi atau jem nenas... Ni jem yang memusingkan kepala... Balik dari Rembau, saya hantar kawan dulu di Alor Gajah. Keluar Tol Simpang Ampat, jalan je kejap lepas je exit Pedas, terus jem sampai la lepas Seremban. Dari 1 jam jadi 3 jam baru sampai Bangi. Haduii...

Photobucket

Terima Kasih En Nazhan (Impian Mushroom)

Terima kasih yer En Nazhan untuk barang-barang tajaan tu. Semalam kelam kabut masa jumpa kat tol Bangi untuk ambil barang-barang sebelum saya pergi kenduri tu. Semoga bisnes En Nazhan makin maju dan berjaya.


Cendawan dari belakang


Cendawan yang keluar dari belakang pun cantik. Yang penting bukaan jangan terlalu luas dan jangan biarkan lama sangat. Saiz dah sedang-sedang tu tuai lah. Nanti akan keluar lagi. Jadi tak la membazirkan kalau rosak kat depan. Jangan terus la buang... Simpan dulu... Ada rezeki memang akan keluar yang cantik dari belakang.

Photobucket

1 comment:

ayne said...

hehe.. telor dadar cdwn. sy dah setahun makan benda ni. cuma beza sket menu dia, sy buh cdwn je byk2. lain2 tak bubuh