Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Friday, January 25, 2008

Di Mana Sharlinie?

Photobucket

Bila bercakap tentang kehilangan, saya juga pernah alami peristiwa ini dulu. Saya pernah kehilangan seorang abang yang agak nakal dan pernah diiklankan di akhbar Utusan Malaysia berbelas tahun yang lepas. Sehingga kami sekeluarga pernah mendapat banyak surat yang juga membuat tuntutan-tuntutan karut yang membuatkan kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak membaca surat-surat tersebut. Nasib baik lah sehari selepas diiklankan terus ada panggilan telefon dari orang yang jujur yang memberitahu di mana abang saya berada. Dan yang menyusul selepas itu hanya surat-surat yang dikarang oleh orang yang tak bersekolah agaknya.

Diri saya sendiri juga pernah hilang. Nasib baik tak diculik tapi hilang sebab gara-gara melihat barang permainan di kedai yang begitu menarik perhatian. Akhirnya saya hilang mak, abang dan kakak yang turut bersama-sama pada awalnya di Bandar Kuala Terengganu untuk membeli beg sekolah abang saya. Waktu tu usia saya lebih kurang 7 atau 8 tahun. Saya kurang ingat tahunnya. Saya bernasib baik kerana tidak diculik. Mungkin orang Terengganu ni baik-baik agaknya. hehehe.. Bila orang nampak saya keseorangan dan menangis, saya ditanya kenapa? Nak ke mana? Nasib dah pandai dan tahu nama kampung. Ramai yang bersimpati melihat saya. Saya diberi duit saku dan diberi tambang bas percuma balik ke kampung. Masa tu saya disuruh naik bas ke Kuala Berang dan balik ke kampung saya di Kg Bukit Sawa. Tapi landmark yang disebut-sebut oleh orang yang bertanya ialah Pasar Binjai Rendah walaupun rumah saya betul-betul sebelah Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa jadi saya ikut sahajalah apa kata mereka. Saya selamat sampai ke Pasar tersebut yang terletak bersebelahan jalan besar menaiki bas yang saya lupa jenis apa. Mungkin yang berwarna kuning. Bas yang dah tak wujud di Terengganu sekarang. Bas BUMI rasanya tak glamor lagi waktu tu. Turun dari bas, saya berjalan kaki hampir 500 meter untuk balik ke rumah.

Saya selamat sampai di rumah dan akhirnya dirotan oleh ayah. hehehehe... Dan yang paling saya kecewa, abang-abang dan kakak saya semuanya mendapat barang permainan dan hanya saya seorang yang tidak mendapat apa-apa. Peristiwa tersebut masih teguh diingatan saya. Sampaikan emak terpaksa melaporkan pada pihak polis tentang kehilangan saya.Emak tidak marah tapi siap tuliskan sesuatu untuk saya simpan. Mak tulis di satu kertas. Kuala Berang. Dan minta saya simpanya di dalam wallet kecil saya. Kata mak, nanti kalau saya hilang lagi cari bas ini kalau hendak pulang ke kampung. Itulah arwah mak saya. Penyabar dan baik orangnya. Cukup tentang itu. Nanti terimbas kenangan lama saya makin dihambat pilu. Itu tentang saya. Dan waktu itu saya bernasib baik. Tapi bagaimana dengan nasib Adik Sharlinie?

Di manakah beliau berada sekarang? Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab itu? Dengan rasa tanggungjawab, marilah kita sama-sama mendoakan agar nasib adik Sharlinie tidak seperti apa yang berlaku pada Adik Nurin Jazlin. Penjenayah kejam tu sampai sekarang masih tidak ditangkap. Semoga Adik Sharlini akan selamat ditemui. Seperti kata ibu Sharlinie di TV3 beberapa malam lepas, kalau tak mahu pulangkan anak dia pun, letaklah di mana-mana supaya orang lain boleh menemuinya. Apa yang boleh di dapati dengan menyimpan seorang anak kecil yang tak tahu apa-apa? Tak ada... Jadi pulangkan Sharlinie kepada ibu bapanya....

Keluarga itu anugerah terindah hidup....
Photobucket

No comments: