Skip to main content

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Kedua Anjuran FAF 19 - 20 Januari 2008

Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada Yang Esa kerana perjalanan kursus penanaman cendawan tiram kelabu yang kedua anjuran FAF berjalan dengan lancar. Ada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama pembaca dan saya biasanya memilih hari isnin untuk membuat catatan sepanjang kursus kerana hari isninlah saya biasanya mengambil cuti berehat setelah penat melakukan persiapan kursus. Tetapi hari ini saya bekerja seperti biasa dan malam ni baru saya ada masa mengadap laptop.

Pagi-pagi lagi saya sudah ke farm dan siapkan barang untuk pembeli kit penanaman cendawan dan juga peralatan menanaman cendawan lain yang ditempah oleh pelanggan FAF. Kit biasanya saya pos dan barang-barang seperti cap, benih dan lain-lain diambil sendiri oleh pelanggan. Tetapi hari ni saya dengan baik hati menghantarnya di KL Sentral terus kepada pembeli. Kit sahaja yang saya pos kerana pembelinya berada jauh nun di Terengganu. Dan yang terbaru, saya dapat tempahan kit dari Sarawak. Cap dan benih yang ditempah sepatutnya diposkan khamis lepas, tapi kerana kesuntukan masa, saya hantar sendiri kerana KL Sentral tidak lah begitu jauh. Dan juga kebetulan telefon bimbit saya hilang, saya mengambil kesempatan ke Kompleks Pertama untuk membeli telefon bimbit yang baru. Jadi sila sms atau telefon saya menggunakan no saya di talian maxis seperti biasa. Maaf atas segala kesulitan. Juga maaf kepada pemilik nombor maxis yang telah saya silap taip di di dalam entry yang lepas.

Untuk kursus kedua ini, daripada 27 orang peserta yang mendaftar, 24 orang peserta datang berkursus secara rasmi. Alhamdulilah ada peningkatan dari segi bilangan peserta. Hanya 7 orang peserta mengambil bahagian untuk kursus pada hari pertama sahaja dan bakinya seramai 17 orang menyertai kursus untuk kedua-dua hari. Terdapat banyak perubahan pada perjalanan kursus berbanding kursus yang lepas. Ia adalah sebagai penambaikan atas pengalaman menganjurkan kursus yang pertama. Selain itu, pada hari kedua juga terdapat penambahan modul iaitu taklimat tentang Teknik Pemasaran Menggunakan Internet hasil kerjasama saya dengan Mybob @ Bob pemilik blog Jutawantani.wordpress.com. Terima kasih saya ucapkan pada beliau yang banyak berkongsi tentang pengalaman dan juga banyak membantu FAF sendiri dari segi pemasaran.

Untuk kursus kali ini, saya bertuah kerana menerima kehadiran seorang peserta paling senior iaitu En Abdul Rauf Abu Hassan yang berusia 70 tahun tetapi masih bertenaga dan kuat. Juga peserta paling muda yang datang jauh dari Mersing Johor berusia 18 tahun (belum masuk 18 lagi sebenarnya... 17 tahun 3 bulan) iaitu Adik Khuwarizmi Naserudin. Berlainan dengan kursus yang lepas yang saya hanya menerima 2 peserta wanita, kali ini peserta wanita agak ramai iaitu 9 orang. Namun peserta lelaki masih mendominasi kursus. Yang amat menarik, peserta wanita kali ini lebih aktif dan menonjol dalam melakukan partikal. Apa taknya, peserta wanita lah yang mengangkat bakul-bakul yang berat tu untuk dimasukkan ke dalam tong dram. Bagus... macam ni lah suami sayang sampai sanggup hantar berkursus kan... :) Tapi ada juga ramai anak-anak dara macam saya lah... hehehe... Terima kasih sebab ada yang datang jauh-jauh dari Kedah, Johor, Kelantan dan juga Melaka. Sampai ada jugak yang sempat menjejak kasih di sini.... :D

Persiapan kursus kali ini alhamdulillah tidak lah sekelam-kabut yang lepas. Pada awalnya terdapat perubahan pada kit yang akan diberikan kepada peserta tetapi sekali lagi Mentah Resources bermurah hati untuk menghulurkan tajaan untuk kali yang kedua. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Peserta kursus hari kedua juga bertuah kerana atas permintaan, mereka telah menerima 1 beg yang telah keluar pucuk cendawan untuk dibawa pulang. Bukan main seronok lagi mereka semua.

Akhir kata, terima kasih pada semua tidak kiralah sesiapa sahaja yang terlibat secara langung dan tidak bagi penganjuran kursus kali ini.


Semua peserta kursus kedua...
Photobucket

Peserta wanita berpanas buat beg media cendawan diluar
Photobucket

Peserta lelaki lak ramai kat dalam
Photobucket

Peserta wanita bertungkus lumus memasak...
Photobucket

Peserta lelaki makan... hehehe..biasala tu.. :)
Photobucket

yang ni suami mithali... En Asni dari Melaka... beliau suka memasak rupanya...
Photobucket

Hidangan menyelerakan.. cendawan goreng berempah....
Photobucket

Cendawan goreng rangup.. nampak pun sedap...
Photobucket

Masa untuk balik... anak tertinggal tu bang.... :)
Photobucket

Ni peserta cilik kita...adik ayien...
Photobucket

Bagi yang belum berkursus dan berminat untuk menyertai kursus anjuran FAF, jangan lupa untuk mendaftar secepat mungkin. Penyertaan kini dibuka untuk semua tarikh. Sila smskan saya emel untuk mendapat borang penyertaan.

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi