Skip to main content

Penanda ke Fatisha Agro Farm

Untuk memudahkan peserta, saya bagi penanda ini.... Untuk petang ni saya bagi dari jalan belakang... jalan depan saya update malam ni...

Dari jalan belakang....

Dari Tol Kajang ada 3 simpang utama. Ke kanan ke Putrajaya, Puchong melalui LDP. Kiri ke Kajang, Semenyih melalui SILK. Terus pula naik ke flyover adalah ke arah Bandar Baru Bangi. Ikut ke Bandar Baru Bangi...

Selepas lampu isyarat, terus sahaja dan anda akan jumpa Mobil dan Shell ini di sebelah kanan...
Photobucket


Di sebelah kiri, anda akan nampak papan tanda Poliklinik ni, itu tandanya sudah dekat. Simpang kecil di sebelah kiri selepas papan tanda ini sebelum lampu isyarat adalah jalan belakang ke FAF...
Photobucket

Ini jalannya.. Naik bukit...
Photobucket

Ini kedai makan yang selalu saya panggil kedai hijau yang anda akan nampak sebaik sahaja mendaki bukit tu. Hari sabtu dan ahad, akan terdapat banyak kereta singgah makan di kedai yang agak terkenal ini... Masuk jalan di sebelah kanan kedai makan ini. Jalan itu menuruni bukit...
Photobucket

Rumah pertama di sebelah kanan yang anda akan temui apabila menuruni bukit ini adalah rumah tuan tanah di mana tapak FAF dibuat. Di belakang rumah banglo kuning inilah FAF berada...
Photobucket

Selepas rumah ini ada tanah lapang, masuk ke sini... Sila letakkan kenderaan anda di hadapan rumah banglo kuning tersebut.
Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi