Skip to main content

Tiba Masanya...

Photobucket


Mungkin dah tiba masanya saya mempercepatkan proses perpindahan ke tempat baru. Apa yang berlaku 2,3 hari ini agak merungsingkan saya. Tuan tanah sudah mula menutup pili air utama agar saya tidak dapat menggunakannya. Semua ni gara-gara bil airnya yang naik mendadak sejak sebulan dua ni. Tapi saya dah berjanji pada beliau, saya akan membayar lebihan air tersebut. Saya hanya mendapat air apabila dia mula membuka pili tersebut sewaktu airnya tangkinya mula kering. Sedangkan saya tiada air tangki. Nasib baik kebelakangan ni hujan. Ada juga saya menadah air tersebut sebagai persediaan memnghadapi apa-apa kemungkinan.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak menyenangkan saya. Hendak pergi bekerja pun saya rasa tidak selesa setiap kali melalui jalan yang perlu melalui rumah beliau. Bayaran sewaan dh pasti juga bertambah untuk bulan ni. Dengan tanah seluas tu saya tak mungkin dapat embesarkan projek saya. Hendak pindahkan ruang habuk kayu saya ke tanah sebelah tu pun dia dah tak bagi. Hmm... Memang saya perlu segerakan mencari tapak baru...

Comments

shairazi said…
1 cabaran dan dugaan yang sungguh menguji tahap kesabaran kita,u x wat perjanjian ke? nak sewa2 ni jgn main2,xde perjanjian memang senang tuan tanah nak kenakan kita.em..pape pun,hadapi dengan tabah,segala cabaran menjamin KEJAYAAN!! :)
Anonymous said…
banyakkan bersabar...semoga terus berjaya
Anonymous said…
padan muka kahkahkahkah

itu la.. ko sombong sangat rusila!
Anonymous said…
byk bedoa..rezeki bukan di tgn tuan tnah 2..
cik rusila ni x sombong pon. malah x kedekut ilmu pon pd sesaper, tmasuk sy yg pernah minta tunjuk ajar..malahan dlm kursus pon sume d jelas dgn pjg lebar bg tiap persoalan.
biasa ler cik,mnusia yg x pnh nk bersyukur mmg begitu lah gaya yer..
ingat DIA..DIA pon ingt kter..
'usaha,berdoa dan twakal'
pemerhati dan kawan-kawan said…
--->> "Anonymous said...
padan muka kahkahkahkah

itu la.. ko sombong sangat rusila!"

EN/CIK ANONY, KALAU ANDA BERANI SILALH PERGI JUMPA FATISHA SENDIRI CAKAP TAK PUAS HATI.

SAYA RASA EN/CIK ANONY NI TIADA MASALAH DGN FATISHA UNTUK PERKARA BERKAITAN CENDAWAN. SEBALIKNYA ADA MASALAH PERIBADI DGN RUSILA.

APAUN EN/CIK ANONY, KETAWALAH PUAS2 HATI SELAGI BOLEH, SEBAB BUKAN ANDA BUKAN TUHAN UNTUK MENGHUKUM. DAN SUMPAH SAYA TIDAK PERNAH SETUJU DGN ANDA. BG SAYA ANDA ADALAH KUMAN2 KECIL DIDLAMA BADAN YG SAKIT HATI DGN KEJAYAAN ORG LAIN.

LU PIKIR SENDIRI LA BEB!

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114