Skip to main content

Lawatan Ke Ladang Cendawan

Dah lama saya tak buat lawatan ke tapak projek cendawan di luar Selangor. Kebetulan minggu lepas saya berkunjung ke rumah emak angkat saya di Felda Palong 12, Negeri sembilan. Jadi saya ambil kesempatan untuk melawat ke satu tapak projek cendawan milik kawan kepada partner baru FAF di Felda Lui Muda.

Di bawah ni antara gambar-gambar di sekitar tapak projek beliau iaitu En Izwansyah. Bangsal beliau bersaiz 18'x30' boleh memuatkan lebih kurang 10,000 beg. Jangan terkejut seandainya anda mendengar fakta ini. Kos keseluruhan yang beliau habiskan untuk membina bangsal dan segala fasiliti yang ada hanya lebih kurang RM3,000 sahaja. Ini termasuk lah mini mixer dan juga bahan mentah. Semua ni kerana kayu yang beliau gunakan adalah kayu percuma dari rumah tinggal dan juga pembinaan dibuat oleh beliau sendiri. Setakat ini beg cendawan yang beliau ada masih kurang. Beliau sedang mengumpul modal untuk mengusahakannya secara sepenuh masa kerana sekarang beliau masih bekerja yang melibatkan bidang kelapa sawit.

Saya juga sempat singgah ke kandang kambing milik adik beliau. Agak besar juga dan terletak tidak jauh dari ladang cendawan milik En Wan. Sebenarnya ahli keluarga beliau boleh dikatakan terlibat dalam bidang pertanian semuanya. Ayah beliau selain dari mengusahakan tanaman kelapa sawit, juga menternak lembu. Abang dan kakak beliau juga ada yang menternak ikan. Saya lupa apa ikannya. Keli tak silap. Memang seronok kalau seluruh keluarga ada minat yang sama.


Photobucket

En Wan di depan bangsalnya....

Photobucket

Ruang habuk kayu baru....


Photobucket

Tempat bancuh...


Photobucket

Kandang kambing adik En Wan...


Sebenarnya bukan satu sahaja tempat yang saya lawati. Kebetulan semasa perjalanan pergi ke Palong, saya ternampak satu papan tanda yang bertulis "cendawan" di Batu Kikir sebelum simpang ke Bandar Seri Jempol. Jadi ini membuatkan saya menyimpan hasrat untuk melawat tempat tersebut pada perjalanan balik ke Bangi. Saya singgah ke tempat tersebut pada hari ahad sewaktu dalam perjalanan pulang ke Bangi. Tetapi sayangnya saya tidak bertemu dengan pemiliknya. Saya sempat meninjau kawasan tersebut selama 15 minit sebelum berlalu untuk meneruskan perjalanan. Nama tempat tersebut adalah Cendawan CT Farm. Saya tidak pasti siapa pemiliknya kemungkinan seorang wanita. Semoga projek beliau berjalan dengan jayanya.


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

InsyaAllah selepas ni saya nak buat lawatan ke tempat bekas-bekas pelajar yang berkursus di FAF. Dari ratusan yang telah saya ajar, yang sampai ke telinga saya projek mereka telah berjalan mencecah lebih 10 orang. Jadi harap-harap lepas ni makin ramai yang akan jejak langkah diorang. Selamat berjaya untuk semua...

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir