Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, January 19, 2009

Perkembangan Projek Di Kemaman, Terengganu

Saya baru sahaja pulang dari Terengganu. Bukan sebab balik mengundi. Selama 4 hari saya di sana adalah bagi mengikuti perkembangan projek di Kg Pengkalan Pandan LUar, Kemaman yang masih dalam pembinaan atau 30% siap. Ia sudah bermula bulan November tahun lepas, tetapi akibat musim tengkujuh di sebelah pantai timur menyebabkan projek ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.

Mulai bulan depan saya akan balik ke Kemaman dan sepenuh masa saya akan berada di sana. Tapak projek di Kajang pula akan diuruskan sepenuhnya oleh Cik Fyda. InsyaAllah 2 minggu sekali saya akan ke Kajang bagi tujuan mengajar untuk kursus yang akan di kendalikan oleh pihak FAF dan juga kursus anjuran Kolej KOmuniti.

Projek di Kemaman akan mengandungi 4 unit bangsal bersaiz 25'x40' dan akan di kembangkan menjadi 6 unit pada tahun hadapan, 1 unit rumah proses bersaiz 40'x40' yang mengandungi ruang proses, bilik suntik serta ruang kukusan. Selain itu, 1 unit pejabat, 1 buah surau dan 1 buah rumah pekerja juga akan dan sedang dibina. Peralatan yang lengkap seperti Mixer, bagging machine dan steamer juga sedang disiapkan bagi digunakan di sini. Pengeluaran di anggarkan 1000 kg sebulan pada tahun pertama dan mencecah 2000 kg pada tahun kedua. Pasaran adalah untuk kawasan sekitar daerah Kemaman, Dungun dan juga Kuantan. Kami juga merancang untuk membuka kiosk bagi memasarkan produk dari cendawan seperti cendawan goreng dan sup cendawan. Segalanya masih dalam perancangan dan semoga ia berjalan lancar.

Kesempatan balik ke sana juga saya manfaatkan bertemu dengan pegawai di Pejabat Pertanian Daerah Kemaman bagi mendaftarkan projek ini di sana. Daripada maklumat yang diterima, permintaan cendawan di sekitar daerah ini masih tinggi. Produk cendawan goreng juga sudah mula mendapat sambutan. Saya juga berkesempatan ke Pasaraya di daerah ini. Cendawan di sini masih di ambil daripada luar iaitu dari Triang, Pahang.

Itu sahaja perkembangan yang dapat saya catatkan. InsyaAllah maklumat terkini akan saya masukkan dari masa ke semasa.

Tapak Projek...

Photobucket

Surau...

Photobucket

Photobucket

my new office...

Photobucket

Kayu bertimbun-timbun lagi ni....

Photobucket

Tengah buat rak...

Photobucket

Antara rak yang dah siap...

Photobucket

Panjangnyer....

Photobucket

2 comments:

tajudin said...

syabas tuan & selamat berjaya.

update selalu projek kemaman ni.

sam said...

Menarik sungguh melihat aktiviti yang ada di dalam Blog ini.. Semoga industri cendawan terus berkembang..



bLOG-Teknologi-Pertanian