Skip to main content

Kursus Teknologi Cendawan - Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kemaman

Sudah lama juga saya tidak menulis catatan terkini di sini. Kesibukan bekerja jadi salah satu sebabnya. Hari ini dan esok saya bercuti. Bukan bercuti dengan pergi ke mana-mana pun, saya bercuti dari bekerja di farm. Saya menyertai Kursus Teknologi Cendawan anjuran PPD Kemaman sebenarnya. Kursus ini diadakan selama 2 hari.

Tetapi sambutan yang diterima agak mengecewakan kerana daripada 27 peserta yang mendaftar dan sebenarnya senarai yang ada lebih daripada tu, hanya 4 orang sahaja yang memunculkan diri di Bilik Gerakan aras 4 Wisma Persekutuan daerah Kemaman. Dan saya adalah peserta kelima yang hadir tanpa nama saya berada di dalam senarai. Saya kira ada beberapa faktor sebenarnya yang menyumbang kepada perkara ini. Dan ini antara ulasan saya...

1. Kursus Percuma - jadi bagi mereka yang tidak benar-benar bersungguh, bagi mereka tiada apa yang rugi untuk mereka kalau tak hadir sekalipun.
2. Tiada Follow-up - Kemungkinan ini juga antara sebabnya.
3. Makluman kursus terlalu lambat - peserta tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai penganjuran kursus ini. Mungkin sebelum ini sudah dimaklumkan tetapi tarikh yang sebenar tidak dinyatakan dengan tepat.
4. Hari yang tidak sesuai- hari kursus jatuh pada hari bekerja. Ini memberikan masalah pada peserta yang mungkin bekerja.


Apa-apa pun saya mengharapkan peserta yang hadir dapat mengutip ilmu sebanyak yang mungkin. Penceramah adalah Puan Hajah Zaimah Ali dari Pejabat Pertanian Ajil. Semua yang terlibat seperti pengerusi majlis iaitu Penolong Pegawai Pertanian dan perasmi kursus Pegawai Pertanian juga menyuarakan rasa kekesalan dengan kehadiran peserta yang tidak memuaskan. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Esok kursus praktikal akan diadakan di farm kami iaitu di Kampung Pengkalan Pandan Kemaman. InsyaAllah kursus kami sendiri akan diadakan di sini pertengahan bulan depan. Jadi sesiapa yang berminat boleh la hubungi saya untuk pendaftaran.

p/s: gambar-gambar kursus akan di upload esok selepas kursus praktikal.

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi