Sesi sharing pagi semalam untuk program kali ketiga Taklimat RBC 2016 bagi memohon geran sehingga RM2 juta..
Paling saya terkesan kata-kata dari Tuan Abdul Madik... Yang membuat kiasan tentang pentingnya menulis sebarang perancangan atau impian kita....
"Suatu hari kita nak beli kereta Perdana. Kita ke proton sales untuk bayar tempahan. Tapi kereta tak dapat lagi... Yang dapat hanyalah resit tempahan. Mungkin selepas 6 bulan baru dapat kereta. Keluar dari pusat sales lepas bayar booking, sambil kita drive kete lama kita, di jalan raya kereta apa yang kita nampak? Mesti kereta Perdana kan.."
Maksud yang saya dapat....
Setiap impian atau perancangan dalam hidup kita perlu diterjermah dalam bentuk yang boleh kita nampak. Perlu kita tulis. Dan ia sentiasa ada dalam setiap anganan kita. Terbayang di mata walau benda tu tak wujud pun lagi...
Dan tiba-tiba saya teringat kisah saya... 10 tahun yang lepas pada tahun 2006 sewaktu mula-mula nak start projek cendawan, saya membuat Rancangan Perniagaan (RP) saya yang pertama. Ia adalah suatu kertas kerja yang saya buat BUKAN untuk mohon PINJAMAN... BUKAN juga untuk mohon GERAN...
Saya langsung tiada pengalaman membuat RP... Hidup saya di universiti saya hanya tahu pasal KIMIA sahaja... tindak balas itu... dan tindak balas ini... Saya tidak belajar berniaga di Universiti. Tetapi saya berjaya membuatnya tanpa bantuan orang. Saya buat dengan rujukan di internet sahaja.
Bagi saya RP ini adalah suatu rujukan bagaimana memulakan suatu bisnes... Yang saya buat untuk membantu saya melihat 8 perkara ini:
1. Anggaran perbelanjaan
2. Anggaran keuntungan /kerugian
3. Perancangan pemasaran
4. Keperluan memulakan projek cendawan.
5. Menggambarkan angan-angan di atas kertas.
6. Bagaimana merealisasikan angan-angan itu.
7. Gerak kerja ke arah anganan itu.
8. Perancangan masa depan.
Dan ia saya serahkan kepada kakak saya sebagai Funder aka Rakan Kongsi saya.
KESIMPULAN:
Untuk memulakan perniagaan, buatlah RANCANGAN PERNIAGAAN... Tak kira lah anda ingin buat pinjaman atau tidak. Jadikan ia sebuah rujukan untuk bisnes anda.
Nak contoh RP percuma???
Beli satu (1) RP dari saya mengikut format RBC dan saya akan sertakan sekali secara PERCUMA:
i) 20 contoh RP yang lain tanpa format RBC (link atas talian).
ii) Satu (1) template bagi mengira Untung-Rugi/Profit and Lost (PNL) dalam file boleh diedit (excel).
iii) Satu (1) contoh perjanjian perniagaan secara usahasama.
iv) Satu contoh perjanjian sewa beli bagi kegunaan Lisensing seperti penggunaaan jenama dan jualan kiosk.
Dan ia adalah dalam bentuk CD dan akan kami pos kepada anda.
Whatsapp "RP" ke 0126221149
Whatsapp "RP" ke 0126221149
Whatsapp "RP" ke 0126221149
untuk maklumat pembelian...
Terima kasih... :)
Comments
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)