Saya mulakan dengan huruf B so BAZAAR... Malam tadi saya ke balai raya di Seksyen 16 atau Fasa 1 untuk uruskan tentang tu. Alhamdulillah segalanya setel. Tapak gerai cendawan goreng saya di depan Ambank. Jadi silalah singgah sekiranya berkunjung ke sana. Menu saya adalah cendawan goreng dengan tepung ranggup serunding dan juga tepung berempah dari Batu Pahat. Itu sahaja dalam pemikiran sekarang yang saya boleh buat untuk esok. Hari lain mungkin ada lagi tapi saya dah tak sempat nak fikir lagi. Ada housemate dah menawarkan diri untuk buat cream of mushroom. Tapi hujung minggu sahaja la. tengok dulu cane nanti sebab hari sabtu mungkin ada malasah sikit nak cari tempat berniaga sebab itu tapak pasar malam. Hari lain memang dah ada tapak depan Ambank tu.
Ni la tempat urusan malam tadi...

Tuan Haji tengah sibuk buat resit tu...

Kakak tudung hijau tu jiran saya masa berniaga nanti. Dia jual otak2. Ayah dia nma Yusof gak, tuan haji ingat kitaorang adik beradik. Kakak yang tengah garu kepala tu yang tolong saya. Dia gak yang tolong kakak tudung hijau tu. Lepas urusan selesai dia promote say ainsuran lak. Adoiii... habis dah saya... hehehe... Buat penasihat antarabangsa... saya dah cakap yang awak nak insuran tu.. Nanti leh jumpa dia bila2. Takaful kan? Kita leh buat sekali nanti...

Dua, tiga hari ni saya agak susah hati memikirkan tentang bazaar ni. Sapa yang nak bantu saya? Assistant saya tu pulak pergi Johor tak balik-balik lagi. Pagi tadi saya singgah ke gerai sarapan pagi berdekatan farm saya untuk jumpa seorang pekerja indonesia yang pernah kerja sambilan di farm saya. Saya mintak dia carikan pekerja untuk saya seorang. Dia kata nanti petang dia bagitahu. Sampai farm, saya cek hp, ada mesej dari Aripin mintak saya ambil dia kat hentian Serdang dua jam lagi. Syukurlah... balik gak dia ni.. ingat tak nak balik dah... So adalah pembantu nanti. Petang ni saya nak pergi cari barang-barang untuk berniaga esok. payung, meja, kuali, minyak dan semua bekas-bekas yang wajib dibeli baru. :)
C pulak.. Cendawan. Gambar di bawah ni contoh beg yang terkena hama tapi masih mengeluarkan hasil. Jadi sayang kalau dibuang begitu sahaja. Gunakan lah bahagian yang tidak diserang pasti hasil akan keluar walau sedikit.

Oeh kerana saya susun beg media ni dalam bakul, tak perasan lak ia keluar melalui dinding bakul ni. Yang ni la yang menarik tu.. hehehe..

Yang ni lak beg yang sudah ditumbuhi kulat hijau. Buang bahagian atas yang terkena dan simpan. Pasti juga ada hasil. At least tak dibuang begitu sahaja kan.... beg nampak hitam macam takde harapan dah nak kluar tapi ada jugak hasil...

Comments