Skip to main content

Posts

Kisah Bulan Ramadan

Salam ramadan buat semua.... Lamanya tidak menulis di sini. Agak sibuk menguruskan farm. Alhamdulillah pengeluaran cendawan di FAF agak baik di awal Ramadan. Paling tinggi setakat ini hampir mencecah 70 kg. Permintaan di bulan ramadan memang tinggi dari biasa. Ini disebab akan oleh surirumah lebih banyak memasak berbanding membeli makanan diluar. Inilah kata-kata pekedai yang membeli cendawan dari kami. Bulan ni kami berjaya memenuhkan bangsal ke 4 kami. Jadi jumlah beg yang kami ada sekarang hampir 60,000 beg. Semua bangsal telah penuh buat masa ini. Bangsal pertama kami pula sudah mencecah tuaian terakhir. Seminggu selepas raya kami bercadang mengosongkannya bagi memasukkan beg-beg yang baru pula. Tapi selepas raya ni bangsal ke 4 juga bakal kosong semula disebabkan kami mendapat tempahan beg hampir 20,000 beg untuk bulan depan sahaja. Maknanya kerja-kerja bagging memang tak pernah selesai lah di ladang kami sekarang. Ini adalah bulan Ramadan ketiga sejak saya bergelar pengusaha cend...

Pelajar Parktikal Dari Skill-Tech, Staff Baru dan Restoran

Pada bulan lepas, pihak kami telah menerima kehadiran 4 orang pelajar praktikal dari Institut Skill-Tech Melaka. Mereka adalah Mohd Syamil dari Melaka, Mohd Saidi dari Kuantan, Mohd Soffi dari Kemaman dan Kamaruddin dari Kelantan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar bagi menjalankan latihan praktikal di FAF. Yang penting adalah mereka menggunakan sepenuhnya peluang itu untuk menpelajari sebaik mungkin dan mempraktikan apa yang telah mereka pelajari di Institut. Selain itu seorang bekas pelajar Skill-Tech yang pernah menjalani latihan di sini kira-kira 8 bulan yang lepas kini telah mula bekerja di FAF iaitu Ainuladha. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran beliau sebagai salah seorang staff FAF yang baru. Selamat berkhidmat.... Restoran yang bakal di beri nama Fatisha Agro Farm Garden Restraunt (atau mungkin juga Fatisha Mushroom Garden Restraunt.. tengah pilih lagi.. :-D ) sudah 70% siap. Operasi sepenuhnya mungkin bermula selepas raya. Apa-apa pun tunggulah menu ...

Al Fatihah.......

Abang saya Azman Yusof telah meninggal dunia pada 17 Ogos lepas, bersamaan 26 Syabaan 1430 Hijrah. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah......

Bangsal Baru, Kiosk dan Lawatan Mardi Cameron Highland

Alhamdulillah 2 unit bangsal baru sudah pun siap. Kapasiti 15,000 beg satu bangsal. Jadi sekarang kami ada 4 unit bangsal yang berkapasiti 60,000 beg. Setakat pengetahuan pihak FAF, kini projek tanaman kami adalah yang terbesar di negeri Terengganu. Penambahan bangsal ini adalah bagi menampung permintaan tinggi cendawan segar di Daerah Kemaman ni. Setakat ini sebenarnya pasaran kami hanyalah di Bandar Chukai dan sekitarnya sahaja. Jika di kira hanya dalam lingkungan kurang 10km dari ladang kami yang terletak di Kg Pengkalan Pandan Luar. Kami menetapkan sasaran untuk memasuki seluruh daerah Kemaman menjelang akhir tahun ini. Kami sekarang sudah pun membuka 2 unit bangsal bagi pengeluaran hasil memandangkan bangsal A sudah masuk tuaian ke 4. Purata hasil 2 bangsal kini mencecah 50 kg sehari. Sekiranya hari baik, cuaca baik ia mungkin boleh mencecah 70kg sehari. Bulan puasa nanti permintaan cendawan akan meningkat. Pemborong dan pekedai sudah cakap awal-awal. Permintaan bakal menjadi 2 ka...

Lagu Motivasi Dari Irfan Khairi

Dah lama jugak saya tidak menulis tentang perkara personal atau apa-apa catatan yang mungkin berbeza sedkit. Harini saya nak mengulas sedikit tentang lagu IK ni. Reaching Higher. Saya terjumpa lagu ni di salah satu blog pertanian. Tak silap saya penternakan kambing. Masa tu saya tengah mencari maklumat tentang baja organik. Bila dengar memang best jugak. Tak sangka IK yang tulis liriknya. Lagu ni memang memotivasikan saya. Mungkin juga orang lain. Betul kata IK, untuk lebih dikenali atau mencari kelainan, kita mesti berbeza dari orang lain. Jadi itu juga yang sedang saya tuju dalam hidup saya. Mencari kelainan. Cendawan memang ramai yang dah buat.Tapi masih banyak cabang ada di dalam bidang penanaman cendawan itu sendiri. Yang penting kita kreatif dan kita perlu berfikir. Kalau tak kita pasti akan jadi sama macam pengusaha cendawan yang lain. InsyaAllah saya juga ingin menjadi seperti IK. Usahawan internet yang berjaya. Boleh main gitar dan ada band sendiri walaupun sekadar hobi. Juala...

FAF di Booth Jabatan Pertanian Sempena Pekan Budaya Daerah Kemaman

FAF telah jemput oleh Pejabat Pertanian Daerah Kemaman menyertai Pekan Budaya Daerah Kemaman bulan lepas. Sempat la kami membuat sedikit promosi jualan cendawan goreng dan juga cendawan segar. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat mengalakkan. Pelanggan berbaris nak membeli cendawan goreng. Yang menggorengnya saya lah. Kakitangan ada 3 orang pun belum cukup dan melayan pelanggan yang berduyung tiba. InsyaAllah tak lama lagi, bagi yang nak merasa boleh terus ke ladang kami kerana kiosk jualan akan siap tidak lama lagi. Segala produk cendawan akan dijual di kiosk tersebut. Tengah sibuk menggoreng... Periuk elektrik ni Pejabat Pertanian Taja... :) Bersama Puan Jamaliah... Staf PPD yang selalu berhubung dengan pihak FAF.... Kedatangan Exco usahawan Dato' Mohamad Awang Tera ke Booth Jabatan... Merasa jugak cendawan goreng FAF... Pelanggan menunggu cendawan goreng...

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih diucapkan kepada Ain dan Ecah di atas kerjasama yang diberikan sepanjang menjalani latihan praktikal di FAF selama 12 minggu. Selamat sambung belajar dan pihak kami doakan kejayaan akan sentiasa jadi milik kalian.