Skip to main content

Posts

RBC 2015

 RBC 2015 ========= Jangan lepaskan peluang ini.... Pertandingan telah dibuka... Peluang keemasan untuk anda mendapat geran sehingga RM2 juta... Anda hanya perlu menyediakan pelan atau rancangan perniagaan untuk anda menangi geran ini... SELAMAT MENCUBA!!!!

E-BOOK PENANAMAN CENDAWAN

Setelah sekian lama saya menghentikan penjualan e-book pertama saya yang pernah saya lancarkan pada awal tahun 2008 iaitu Panduan Lengkap Penanaman Langkah Demi Langkah; Cendawan Tiram Kelabu Berteknologi EM, kini saya mendapat info dan juga bukti yang ebook saya telah dijual oleh pihak ketiga tanpa kebenaran saya. Saya sedar ia telah bermula sejak tahun 2008 lagi. Namun pada masa itu hanyalah sekadar rasa rragu-ragu yang singgah di hati. Kini setelah mendapat bukti yang kukuh, saya rasa sudah tiba untuk saya mengambil semual hak saya yang telah sekian lama diambil sesuka hati... Oleh yang demikian, sebelum saya mengambil sebarang tindakan yang lebih drastik, saya memohon kepada pihak yang berkenaan untuk menghentikan perkara berkenaan dan membayar kepada saya jumlah e-book yang telah dijual selama bertahun-tahun tanpa kebenaran. Sila hubungi saya secara personal. Dan kita selesaikan hal ini... ======================== Jika ada yang berminat untuk membeli e-book saya, sila hu...

PROMOSI TEMPAHAN AWAL BEG CENDAWAN

Rupa-rupanya ramai yang berminat untuk menaman cendawan. Bila kami buat promosi beg sempenan ulang tahun ke 8, ramai yang mula menelefon dan ingin membuat tempahan. Bagi menghargai sokongan peminat-peminat cendawan dan pengusaha cendawan yang baru, saya memanjangkan promosi ini sehingga ke hujung bulan April dengan harga RM1.25 sahaja. Bulan Mei kami terpaksa menutup tempahan kerana menyimpan beg cendawan untuk bagi proses pengeluaran cendawan sempena bulan puasa yang akal menjelma.  Tahukah anda permintaan cendawan pada bulan puasa biasa 2 kali ganda dari bulan biasa???? Namun sekiranya anda berminat untuk berniaga cendawan di bulan puasa nanti iaitu pertengahan bulan Jun, anda digalakkan menempah beg cendawan lebih awal. iaitu sebelum 15 April. Tempahan boleh mula di ambil pada 15 Mei 2015 yang pastinya akan mengeluarkan hasil pada bulan Jun.  Sekiranya anda menempah beg cendawan sebulan lebih awal dari tarikh mengambilnya, kami bersedia menjualnya dengan harga RM...

8 TAHUN

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 8 tahun Fatisha Agro Farm ditubuhkan.... Genap 5 Februari 2015 lepas kami menyambutnya untuk tahun yang kelapan. Alhamdulillah atas segala rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kami. Dari sebuah kebun mini di belakang rumah sewa di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, sehinggalah bertapak dengan sebuah rumah cendawan di Kg Sungai Ramal Dalam dan seterusnya berpindah ke Kg Pengkalan Pandan Luar, Kemaman, Terengganu. Kini kami menempuh insyaAllah destinasi terakhir di Bandar Al Muktafi Billah Shah , Dungun, Terengganu. Bermula dengan FAtisha Agro Farm dan kemudiannya Fatisha Agrotech dan kini Fatisha Mushroom Kopitiam, rasanya masih banyak yang perlu kami pelajari untuk meneruskan langkah dalam bidang perniagaan ini. Hidup tak selalunya cerah. Rintangan itu sentiasa ada. Kami sentiasa berusaha menghadapi segala cabaran yang datang dan tidak pernah berputus asa menempuhnya. Itulah kunci kami kekal sehingga ke hari ini. Banyak yang ingin kami kon...

:PELUANG MEMENANGI RM2 JUTA MELALUI RBC:

Buat kali yang ketiga kini pertandingan menulis Rancangan Perniagaan (RP) iitu Rural Business Challenge  (RBC) kini dibuka. Pertandingan yang menawarkan geran lumayan RM2 JUTA adalah sebuah pertandingan untuk membantu belia luar bandar merealisasikan impian perniagaan mereka dengan lebih cepat. Cepat layari www.rurallink.gov.my/rbc untuk memuat turun borang penyertaan dan syarat2 pertandingan. Cepat sebelum terlambat. Anda mampu mengikuti jejak saya sebagai pemenang RBC batch yang pertama pada tahun 2012.

PELUANG BISNES TANAMAN CENDAWAN

========= PELUANG MENEROKA BISNES TANAMAN CENDAWAN ========= Keperluan cendawan kami telah bertambah dari hari ke hari. Ini adalah peluang terbaik untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan pertanian. MENGAPA??? ★Hasil dijamin pasaran kerana Cendawan akan dibeli semula oleh kami. ★Kami membeli semula dengan harga yang tinggi. ★ Sebarang gred diterima tanpa perlu grading. ★ Beg cendawan akan dibekal oleh pihak kami. INGIN MAKLUMAT LANJUT???? HUBUNGI: 0126221149