Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 8 tahun Fatisha Agro Farm ditubuhkan.... Genap 5 Februari 2015 lepas kami menyambutnya untuk tahun yang kelapan. Alhamdulillah atas segala rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kami. Dari sebuah kebun mini di belakang rumah sewa di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, sehinggalah bertapak dengan sebuah rumah cendawan di Kg Sungai Ramal Dalam dan seterusnya berpindah ke Kg Pengkalan Pandan Luar, Kemaman, Terengganu. Kini kami menempuh insyaAllah destinasi terakhir di Bandar Al Muktafi Billah Shah , Dungun, Terengganu.
Bermula dengan FAtisha Agro Farm dan kemudiannya Fatisha Agrotech dan kini Fatisha Mushroom Kopitiam, rasanya masih banyak yang perlu kami pelajari untuk meneruskan langkah dalam bidang perniagaan ini. Hidup tak selalunya cerah. Rintangan itu sentiasa ada. Kami sentiasa berusaha menghadapi segala cabaran yang datang dan tidak pernah berputus asa menempuhnya. Itulah kunci kami kekal sehingga ke hari ini.
Banyak yang ingin kami kongsi sebagaimana kesungguhan kami berkongsi setiap hari pengalaman pahit manis sewaktu mula-mula menempuh bidang ini. InsyaAllah akan kami jadikan catatan kami konsisten seperti dulu.
Sempena ulang tahun kami yang ke 8, kami ingin membuat tawaran jualan beg cendawan dengan harga RM1.20 sahaja bagi beg matang. Jika berminat sila hubungi kami di talian 0126221149... jika tidak berjawab sila mesej.
Sekian...
Comments