Skip to main content

Ceritanya...

Jumaat lepas, ada yang datang kerja part-time sambil belajar. Hilmi dan adiknya. Dapat la 257 beg. Kalau standard saya leh dapat kurang dari 230 beg media sahaja untuk 10 tong bancuhan. Tapi takpelah baru nak belajar balik kata Hilmi, dah setahun tinggal. Thanks yer banyak-banyak. Sampai kul 11 lebih diorang buat kerja.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Cerita hari sabtu lak, saya dan sahabat saya buat beg jugak. Dapat berapalah lupa lak saya tapi 200 lebih jugak lah dengan 10 tong bancuhan habuk kayu. Plan nak buat 15 tong bancuhan tapi tak sempat sebab ada kerja sket dan start pun dah kul 4 petang sebab ada pelawat. Yang ni pun malam siap sebab siang buat kerja-kerja lain kat farm seperti korek, tutup, suntik benih dan lain-lain. Sambil-sambil kawan tu begging, saya masak cendawan goreng dan aktiviti ini dilakukan di farm saya juga. hehehe... Saya goreng sebab orang tu suka sangat makan cendawan goreng. Pakai tepung apa pun, bila saya tanya sedap ke tak, dia jawab sejak bila kalau buat cendawan goreng akan rasa tak sedap? Jadi kesimpulannya cendawan goreng akan jadi sedap walau tepungnya tak best sebab orang yang sukakan cendawan goreng tak kan rasa pe-pe. Asal cendawan goreng, memang sedap lah rasanya. :) Nak masak cendawan goreng dengan kos yang agak tinggi sket pakai tepung goreng ayam adabi lah, ataupun tepung kentucky... Tapi memang bestlah rasanya. Celup telur, then balut dengan tepung, goreng! Senang je.. Rasanya, fuuhhh... best macam ayam... nak-nak kalau yang isi tebal. Hadusss.. memang tak leh nak cakap pe... Lupa lak saya, pagi tadi pun saya buat cendawan goreng, Tapi guna tepung kentucky cap PUAS. Rasanya pun puas la jugak.. Tak gitu awak... :)

Ni la tapak saya memasaknya... tau kat mana? hehehe...tengok kat belakang tu ada apa... :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

bahan-bahannya...
cendawan segar 200gram
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

telur ayam 2 biji
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tepung adabi 100 gram
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Minyak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

sapa suka mayonis leh cicah ngan mayonis
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari ahad lak saya cuma singgah farm sekejap untuk pasang api. Lepas tu saya bertolak ke Klang untuk ke Citra Mushroom. Pergi ambil bekalan benih dan juga cendawan. 2,3 hari ni saya alami kekurangan dalam hasil tuaian yang amat kritikal. Sebabnya biasalah buat timing tak betul dan saya dah terlambat tutup jadi nak buka awal-awal tak boleh la belum masa. Thanks to Khalid Citra yang tolong carikan benih untuk saya. Saya bergegas balik ke farm sebab ada 2 trip orang akan datang ke farm hari ni. Tapi saya lak tersesat sket masa balik. Sampai termasuk PLUS dan terus keluar Tol Jalan Duta.

Cerita hari selasa, saya baru order habuk kayu baru harini. Stok habuk kayu yang ada mungkin booleh buat kurang dari 1000 beg media lagi. Tadi dah buat 100 lebih beg. Thanks to Lokman, Karim dan sorang lagi. Saya tak pasti nama apa kerana datang membantu saya. Penat juga hari ni seharian mengerjakan habuk kayu tu sebab ia melimpah sampah ke luar dari tempat simpanan. Saya terpaksa bertungkus lumus memasukkan ke dalam guni dan juga menolaknya masuk ke dalam aga tidak terkena hujan. Dan proses ini mengambil masa 2 jam. Syukur lah sebab harini tak hujan. Tadi sebelum balik ke rumah saya bancuh 10 tong habuk kayu. Esok pagi hanya tambah air dan gaulkan hingga sebati. Then macam biasa kena begging la. So kalau ada lagi yang nak datang membantu boleh je... hehehe..

Ni la bukitan habuk kayu sebelum saya mengerjakannya
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dah siap tolak ke dalam dan juga masukkan dalam guni. Letih tau buat ni...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni la lori habuk kayu tu.. silap la bagitau kat orang.. lori 3 tan bukan 5 tan.. n bukan dari nilai tapi seremban...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sementara menunggu 3 sekawan tu datang, sempatlah saya buat ni. Masukkan span dalam cultivated cap. Dapatlah sekotak tapi saya sambung tadi sket sebelum balik rumah. Hari tu buat dengan orang tu sampai gaduh-gaduh berebut span. hehehe...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Anonymous said…
syabas! all d best. nver giveup k.
Anonymous said…
jgn lyn pink ni ye.amaran:)
Anonymous said…
pinky...
tq yer awak...

kelabu...
hehehe... suka hati saya la nak layan ke tak..

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi