Skip to main content

Cerita di Bulan Ramadan

Salam Ramadan....

Lama tak update blog. Semua ni gara-gara sibuk di bulan ramadan yang penuh keberkatan ni. Sejak masuk ke bulan ramadan, aktiviti di bangsal terhenti sebentar. Saya hanya melakukan aktiviti jualan beg sahaja. Penghasilan beg akan dilakukan mungkin pada minggu ke tiga atau ke empat. Atau mungkin juga selepas raya.

Seperti biasa, bulan ramadan ni saya berniaga di pasar ramadan di Seksyen 16 Bandar BAru BAngi. Tahun ni, selain daripada cendawan goreng rangup dan berempah, produk baru diperkenalkan iaitu sup cendawan atau pun cream of mushroom. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Ramai yang singgah bertanya, ini sup buat sendiri atau dalam tin? Yang pasti memang buat sendiri dan cendawan yang digunakan adalah daripada jenis cendawan tiram kelabu bukannya cendawan butang seperti kebiasaannya.

Satu perkara menarik di pasar ialah, kehadiran penyanyi Mawi. hehehe... Jadilah betullah saya dengar ura-ura dia bina banglo bernilai satu juta di Bangi. Bila dah nampak kelibat dia sendiri di Pasar Ramadan ni, jadi saya percayalah berita tu. Beruntung si Ikin yer... Terlepas lah saya.... Ingatkan bila dah tinggal satu tempat ni lagi senang la nak tackle.. hahaha... Saya ni peminat Mawi.. semua album dia saya beli... Aduhai.... Satu lagi napelah bila dia datang saya lupa pulak bawak kamera...tengah sibuk plak tu... tak kan nak gi kejar dia amik gambar ngan kamera hp.. apa plak kata customer saya... aduhai sekali lagi....

Kepada yang berminat untuk melihat sendiri mesin bagging, sila lah singgah di farm saya. Tapi telefon dulu lah. Mesin tu dah ada di bangsal saya sejak 2 minggu yang lepas.

Buat semua selamat berpuasa!!!

gerai dari hadapan...

Photobucket



tengah bancuh...

Photobucket

tengah bancuh lagi...

Photobucket


cendawan yang diracik untuk buat cendawan goreng rangup...

Photobucket

tepung yang telah dibancuh...

Photobucket

tepung kering...


Photobucket


cendawan goreng, sup dan sate cendawan...

Photobucket


guna bunting masa seminar dulu je...

Photobucket

Comments

Anonymous said…
Sia Boleh share ke resepi cendawan goreng and sup cndawan. HEhe tq email Saya: ainulannisa@hotmail.com

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir