Minggu ini antara minggu yang mungkin saya tidak agak tertekan bila tiba masa untuk mengajar. :) Yang agak membantu adalah saya sudah menyiapkan nota dari minggu lepas. Dan minggu lepas kelas hanya sekali itupun sekadar sesi tutorial. Mungkin sekarang sudah tiba masa untuk saya membiasakan diri dengan rutin baru saya sebagai seorang pensyarah. Saya akui ini bukan bidang yang saya sukai dan minati. Tapi inilah tugas yang harus saya pikul untuk meneruskan kehidupan. Saya syukur kerana inilah rezeki saya sejak 2 tahun yang lalu. Saya perlu mengajar dan itulah yang akan saya teruskan. Yang penting saya perlu meneruskan rasa cinta saya pada kerjaya ini.
Minggu depan saya akan belajar lagi. Kursus penanaman cendawan 13-15 Feb ini di Taman Pertanian Universiti UPM. InsyaAllah akan saya mamfaatkan segala ilmu yang diperolehi nanti dan mengunakan peluang berkursus ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin info tentang projek cendawan. Ini kursus kedua saya bagi penanaman cendawan selepas kursus di Taman Permata bulan lepas. 24 hb Feb ni pun ada satu lagi di Setiawan. Saya harap ilmu yang saya perolehi tidak hanya saya gunakan semasa belajar tapi dapat dimanfaatkan dengan terlaksananya projek cendawan ini.

Comments