Hari ini seharian dari pagi sampai dalam kul 2 lebih saya sibuk bertukang. hehehe. Sampai jiran sebelah rumah pun tegur, dia kata " tak sia-sia mak ayah hantar masuk U, bertukang pun boleh". Dan saya pun membalas, "hehehe... semua boleh buat kak. Serba boleh". Walau agak letih, nasib baik kawan ada yang membantu. Kalau tak mati saya angkat rak yang berat bangat tu. Kalau lah saya ada digicam, segala detik akan saya ambil sebagai kenangan. Saya nak simpan gaji ni untuk beli digicam. Senang nak share segala detik saya nak bergelar mak tani. hehehe. Akhirnya siap jugak rak yang saya sudah plan buat sejak balik berkursus sebulan lepas. Rak ni saya dah kira-kia boleh letak lebih kurang 400 beg. Tapi tak tahulah rak tu tahan atau tak. Sebab rak tu ada 3 kaki je kayu 2x4. hehehe.. Saya terpaksa sandarkan pada dinding sebab rak tu tak stabil. Hampir nak tumbang. Pintu pun saya dah siap semuanya. Sekarang hanya tinggal beg cendawan je untuk diletakkan di sana. Tapi saya tengok tadi cuaca sekarang agak panas. Net 70% tu masih tak dapat menahan cahaya yang terlalu kuat masuk ke dalam. Cerah semacam je. Mungkin nanti saya boleh double kan net tu.
Saya sebenarnya baru saja lepas mencari tong dram. Alhamdulillah dah jumpa. Hari tu dah jumpa tapi saya tidak beranikan diri untuk berhenti bertanya. Hari ini saya berhenti juga. Harganya boleh tahan RM18 tanpa penutup. Takpelah, mungkin saya boleh cari baldi besi untuk menutupnya. Atau saya beli dua dah potong satu sebagai penutup. Tapi tulah, masalah dah setel, cuma sekarang saya perlukan kenderaan untuk membawanya ke rumah. Takpelah, saya akan cuba cari jalan nanti.
Saya sebenarnya cuba untuk menyiapkan semua ini dalam masa seminggu sebab kakak saya akan datang jumaat ini. hehehe. Dia dah bagi saya RM1000 untuk buatkan semua tu sebagai permulaan kat belakang rumah. Kalau dia datang takde apa-apa lagi, tak sedap lah pulak nanti. Saya harap saya dapat penuhkan rak tu semua dalam minggu ini juga. InsyaAllah.

Comments