Hari ni saya bangun awal. Bangun untuk ke tapak projek dan juga untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalankan rutin pemeriksaan saya yang biasa. Ada dua rutin baru yang perlu saya biasakan mulainya hari ini dan juga hari-hari yang mendatang. Tapi yang utama ialah tentang projek tanaman cendawan saya. Temujanji di HKL hanyalah empat bulan sekali. Hari ini juga kebetulan rakan serumah perlu ke tempat kerja lebih awal dari biasa juga. Saya ni kan penghantar dan pengambilnya pergi dan pulang dari kerja. Itulah rutin saya sejak empat bulan lepas. Sejak sahabat baiknya mendapat tawaran KPLI. Jadi, patahlah kakinya sebab dia tiada lesen memandu. Jadi saya menjadi pengganti untuk menghantar dan juga mengambilnya. Biasanya setiap hari saya bangun awal untuk menghantarnya ke tempat kerja andainya dia bekerja syif pagi. Kalau dia bekerja syif malam, saya bangun awal pagi untuk mengambilnya pulang ke rumah. Tapi selepas itu saya boleh menyambung hobi saya itu (tidur). Tapi kini, saya perlu bangun, mandi, dan hantar dia rakan serumah ke tempat kerja dan terus ke tapak projek. Rutin saya sudah berubah. Dan ia satu perubahan yang saya memang nanti-nantikan. Saya perlu bekerja keras selepas ini. Demi suatu permulaan yang telah bermula dua hari yang lepas.
Kat sini saya nak kongsi gambar-gambar yang saya ambil.
Ni tapak asal tanah sewaktu saya mula-mula tengok tapak ni.
kerja meratakan tanah
kerja-kerja membuat tapak
dua tiang yang pertama
dah 8 tiang dah...
Comments