Hari ni saya tidak ke farm. Saya hanya tinggalkan pesan dan jadual kerja pada pekerja saya sepanjang ketiadaan saya. Saya ke KLIA hari ni untuk menyambut ayah pula dari Mekah. Sebelum ke KLIA, saya singgah di rumah cendawan UPM untuk membeli belih. Stok benih saya selalu kehabisan sekarang. Entah bila saya berpeluang berkunjung ke Vita Agrtech di Tanjung Sepat untuk membeli benih. Saya hanya dapat membeli 3 beg benih sahaja dengan harga RM9 kerana saya tidak membuat sebarang kiriman sewaktu mereka ke Tanjung Sepat minggu lepas. Mungkin lain kali saya perlu kerap menelefon mereka untuk bertanya bila lagi mereka akan ke sana. Saya sampai di KLIA jam 12.00 tengahari. Saya terpaksa tunggu hampir 4 jam sebelum ayah saya keluar di pintu menunggu. Terlalu letih. Sepatutnya flight tiba pukul 12.50pm tapi delayed. Syukurlah ayah selamat pulang. Tercapai juga hasratnya untuk menjejakkan kaki ke Mekah di tapak laluan dan perjuangan Rasulullah junjungan besar kita. Semoga dia menunaikan apa yang d...
Segalanya tentang Cendawan - Pengeluar Benih, Bongkah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Kukur @ Kulat Sisir, Cendawan Melati ,Pembekal Bahan Mentah dan Mesin Cendawan, Kursus Cendawan, Produk Cendawan.