Niat saya untuk membuat post setiap hari sepanjang pembinaan bangsal saya selama 3 minggu itu. Tetapi masa benar-benar tidak mengizinkannya. kadang-kadang tu diri sndiri juga malas. Alhamdulillah bangsal cendawan saya siap juga akhirnya setelah tiga minggu proses pembinaannya. Sekarang, Wak Karto, Marsin dan si Jalil kadang-kadang juga datang sebab masih ada perkara-perkara minor yang saya perlukan lakukan pada bangsal tu. Jadi hari ni kesempatan yang ada ni saya nak update gamba-gambar yang ada. Saya agak letih sebenarnya. Sudah 4 hari saya sibuk membancuh habuk kayu tu. Beberapa hari yang terdahulu ada sahabat yang membantu, tapi hari ni dan semalam saya sendiri. Setakat ni saya masih belum ambil pekerja. Saya amat-amat memerlukannya sebenarnya. Mungkin minggu depan saya usahakan sebab isnin ni saya balik kampung. Selepas balik saya akan tumpukan sepenuhnya pada cendawan saya.
Sedikit gambar farm saya untuk dikongsi bersama...
Sedikit gambar farm saya untuk dikongsi bersama...
Comments